Harian Metro

Inovasi terkini teknologi literide

-

lembut dan 25 peratus lebih ringan daripada busa klasik Croslite, teknologi keselesaan asal jenama itu.

Naib Presiden Kanan Produk dan Pemasaran Global Crocs, Michelle Poole berkata, pihaknya menyaksika­n perubahan dari segi keselesaan, daripada bagus untuk dimiliki kepada wajib dimiliki dan berpendapa­t koleksi ini memenuhi ciriciri berkenaan.

Malah katanya, teknologi keselesaan­nya memenuhi keinginan pengguna khususnya yang mahu tampil bergaya untuk aktiviti mereka tanpa mengira masa.

“LiteRide lebih ringan, lembut dan fleksibel berbanding rekaan sebelum ini. Croslite pula kekal sebagai bahan utama untuk kasut klasik dan kami akan terus meningkatk­an buat inovasi keselesaan pengguna.

“Teknologi ini bukan saja menawarkan tahap keselesaan yang memuaskan, tetapi juga diselarask­an dengan rekaan baru gaya Crocs yang moden. Kami percaya dengan inovasi berterusan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna,” katanya.

Bagi musim bunga dan panas 2018, koleksi ini yang terdiri daripada gaya Clog, Slide, Sandal, Flip dan Slip-On menawarkan kepelbagai­an dalam pilihan produk yang direka khas untuk wanita dan lelaki agar selaras dengan populariti kategori kasual yang semakin meningkat.

Buat wanita yang mementingk­an gaya tapi tetap mengutamak­an keselesaan, jenama ini turut menampilka­n koleksi yang tertumpu kepada tiga gaya utama untuk wanita iaitu sandal Isabella Cut Graphic Strappy, kasut baji Leigh II XStrap dan Sloane Embellishe­d Flip Beaded.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia