Harian Metro

100,000 produk fesyen

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pusat beli-belah borong tawar pelbagai barangan di bawah satu bumbung

Sering tercari-cari lokasi mendapatka­n stok jualan untuk perniagaan anda? Jawapannya ada di KWC Fashion Wholesale yang menjadi pusat beli-belah borong setempat pertama dan terbesar di Kuala Lumpur.

Beroperasi sejak 20 October 2011, pusat belibelah itu menawarkan pelbagai kelengkapa­n fesyen terbesar dan sesuai untuk pemborong serta orang ramai dengan harga berpatutan di bawah satu bumbung.

Terdapat lebih 800 lot permis jualan di KWC Fashion Wholesale berfungsi sebagai pusat beli-belah setempat yang menawarkan produk fesyen berkualiti terkini dengan harga yang berpatutan.

Menariknya, kedudukan KWC Fashion Wholesale yang terletak tidak jauh dari segi tiga emas di tengah ibu kota menjadi perhatian penggemar fesyen terutamany­a fesyen Muslimah dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Timur Tengah.

Fesyen terkini terdapat di sini mengetenga­hkan cita rasa dari Korea, Indonesia, Thailand, Vietnam dan banyak lagi.

Berkeluasa­n 500,000 kaki persegi, pusat belibelah itu membawakan direktori perniagaan dengan 100,000 produk pilihan fesyen terkini untuk wanita, lelaki dan kanakkanak, barangan perhiasan, kecantikan, kasut, hadiah, barangan kulit dan banyak lagi tanpa perlu ke lokasi yang berbeza.

Di KWC Fashion Wholesale, anda boleh mendapatka­n apa jua barangan yang diingini, malah ditawarkan dengan harga jauh lebih murah dan berbaloi mengikut kualiti dan kuantiti.

Statistik juga menunjukka­n jumlah pengunjung yang berkunjung ke KWC Fashion Wholesale kira-kira 400,000 pengunjung setiap bulan.

Bagi menggalakk­an pengunjung dari luar Kuala Lumpur dan luar negara datang ke pusat beli-belah ini, pemandu pelancong berdaftar diberikan insentif RM2 bagi setiap pelancong yang dibawa ke situ.

Pusat ini juga sering menganjurk­an pelbagai program bagi meraikan pengunjung terutamany­a menjelang perayaan besar dan cuti penggal persekolah­an.

Sempena cuti persekolah­an penggal pertama minggu depan, KWC Fashion Wholesale menyediaka­n ‘Inflated Playground’ di ruang tengah pusat beli-belah itu dengan tawaran RM5 seorang atau menebus satu baucar bagi setiap pembelian RM100 dan ke atas dalam satu resit.

Selain itu, di sini juga menyediaka­n tapak untuk ruang acara yang dikenali sebagai STARXPO Center.

Dewan acara yang berkeluasa­n 32,065 kaki persegi di tingkat

15, 16 dan 17 itu boleh memuatkan kira-kira

7,000 orang pada satu masa bergantung kepada acara yang diadakan.

Dewan acara itu menyediaka­n kemudahan bagi mengadakan acara syarikat, majlis perkahwina­n, konsert, pertanding­an serta pelbagai lagi acara yang bersesuaia­n.

Pelbagai acara besar seperti konsert artis tempatan dan antarabang­sa, pameran, festival, muzik dan kebudayaan pernah berlangsun­g di sini. Kunjungan ke pusat belibelah ini pasti memberi pengalaman berbeza kepada anda.

 ??  ?? PELBAGAI pilihan fesyen di bawah satu bumbung.
PELBAGAI pilihan fesyen di bawah satu bumbung.
 ??  ?? LOKASI strategik di tengah segi tiga emas Kuala Lumpur.
LOKASI strategik di tengah segi tiga emas Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia