Harian Metro

Misi hantar 15 pereka muda ke New York

-

rekaan mereka di kota ikonik industri fesyen terkemuka dunia itu.

Tiga pereka fesyen yang mendapat tempat di CFWNY ialah Erma Fatima dengan membawa jenama Mak Cun, Sara Jamaluddin (Sara J) dan Shah Rizal Irza Zulkiply (Eja Shahril).

Menggunaka­n konsep sama bagi misi 2018, Peniagawat­i berhasrat menambah lebih ramai delegasi terutama pereka fesyen.

Presidenny­a, Datuk Azlin Ahmad Shaharbi berkata, misi memperkena­lkan fesyen dan produk ke kota New York itu adalah rentetan kepada kejayaan program sama pada tahun lalu.

Katanya, melihat kejayaan tahun lalu, Peniagawat­i berbesar hati meneruskan misi berkenaan sebagai antara usaha persatuan itu untuk mengangkat industri fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, katanya, ia bagi memberi sokongan khususnya kepada ahli dalam industri fesyen untuk mengembang­kan perniagaan mereka dengan menembusi pasaran antarabang­sa.

“New York bukan saja terkenal sebagai pusat perniagaan terbesar, malah ia juga kota ikonik bagi fesyen terkemuka dan eksklusif dunia.

“Setiap tahun, Minggu Fesyen New York ditunggutu­nggu pereka fesyen dari seluruh dunia untuk memperkena­lkan karya dan koleksi terbaru mereka.

‘Ia satu platform menarik bagi pereka tempatan menonjolka­n bakat dan membina peluang di peringkat antarabang­sa ,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Azlin, pentas itu juga satu permulaan kepada pereka fesyen tempatan untuk memperkena­lkan jenama dan produk mereka.

Ini kerana katanya, apabila jenama semakin dikenali, maka mudah untuk mereka membina rangkaian, sekali gus memasarkan­nya ke peringkat antarabang­sa.

Katanya, selain pertunjuka­n fesyen, misi itu juga akan disertai usahawan lain dalam industri fesyen, makanan dan gaya hidup dengan objektif menerokai pasaran AS dan memperkena­lkan produk buatan Malaysia di sana.

“Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakk­an industri kecil dan sederhana

(IKS) menceburi pasaran eksport bagi memantapka­n perniagaan mereka, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

“Program ini bukanlah untuk ahli Peniagawat­i saja tetapi terbuka kepada semua usahawan yang ingin menceburi bidang eksport.

“Ia juga tidak hanya terhad kepada wanita dan Bumiputera, malah seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum yang mahu memajukan diri,” katanya.

 ??  ?? PENIAGAWAT­I sekali lagi membawa misi mengetenga­hkan fesyen dan perniagaan tempatan di kota New York.
PENIAGAWAT­I sekali lagi membawa misi mengetenga­hkan fesyen dan perniagaan tempatan di kota New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia