Harian Metro

PAMPASAN RM43J

- Mohd Izham Unnip Abdullah news@nstp.com.my

156 pemilik tanah, bangunan terjejas projek Lebuhraya Pan Borneo terima bayaran

Kerajaan membayar pampasan bernilai RM43 juta kepada 156 pemilik tanah dan bangunan di tiga kampung di daerah ini, yang terjejas akibat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) negeri, Datuk Safar Untong berkata, ia membabitka­n 93 pemilik tanah dan 63 pemilik struktur atau bangunan seperti rumah, bengkel, kedai serta kilang.

Beliau berkata, pembinaan lebuh raya di daerah ini membabitka­n laluan sepanjang 3.6 kilometer (km) bermula dari Kampung Dumpil ke Ketiau hingga ke Kampung Duvanson.

“Tapak laluan bagi pakej Pan Borneo di daerah ini iaitu sepanjang 3.6 kilometer diwartakan pada 30 November tahun lalu, manakala penilaian pampasan dibuat bermula pada 15 Januari lalu.

“Penilaian dilakukan empat pasukan dan mereka menilai 93 hak milik tanah, semuanya diberikan pampasan, manakala 81 struktur dinilai tapi hanya 63 pampasan disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan surat tawaran pampasan tanah kepada pemilik tanah yang terjejas akibat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, di sini, semalam.

Penyerahan surat tawaran itu disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Oui Fah dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP), Shahelmey Yahya.

Safar berkata, pihaknya berharap semua pemilik tanah dan struktur bangunan yang terbabit dalam penilaian itu dapat menerima tawaran pampasan diberikan kerajaan bagi membolehka­n proses pembayaran dipercepat­kan.

Sementara itu, Shahelmey berkata, laluan sepanjang 3.6km itu sebahagian daripada Pakej Enam Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang merangkumi daerah ini, Penampang dan Kota Kinabalu atau dikenali Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu (KKORR).

Beliau berkata, ia laluan baru bermula dari daerah ini ke Inobong dan Kolopis di Penampang sebelum keluar ke Inanam bagi kawasan bandar raya Kota Kinabalu.

 ?? Safar Untong ?? Ia membabitka­n 93 pemilik tanah dan 63 pemilik struktur atau bangunan”
Safar Untong Ia membabitka­n 93 pemilik tanah dan 63 pemilik struktur atau bangunan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia