Harian Metro

PEMBUNUH DI SEBALIK PAPAN TANDA

 Suspek tikam wanita dalam bilik hotel bertenggek atas papan iklan

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Bersembuny­i di belakang papan tanda iklan kedai hampir empat jam selepas menikam mati seorang wanita di dalam sebuah bilik hotel di pekan Kajang di sini.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki warga asing itu dikesan polis yang menahannya jam 2.30 pagi semalam ketika suspek didapati bertenggek di papan tanda iklan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumka­n penemuan mayat wanita dalam keadaan telentang di dalam bilik hotel jam 10.55 malam kelmarin.

“Sebaik menerima laporan, anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan pemeriksaa­n di lokasi kejadian dan mendapati mayat wanita itu berlumuran darah. “Siasatan awal mendapati terdapat kesan luka tikaman di perut, dada dan tangan kanan mangsa. Kami turut menemui pisau pemotong sayur dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu,” katanya, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaa­n di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri pada wanita warga asing terbabit yang menginap di hotel berkenaan sejak Selasa lalu.

“Ketika pemeriksaa­n, anggota polis menjejak kesan darah pada bahagian luar tingkap bangunan hotel itu sebelum menemui suspek yang juga warga asing bersembuny­i di sebalik papan iklan premis terletak kira-kira 70 meter daripada tingkap bilik hotel berkenaan.

“Melalui bantuan bomba, kami berjaya membawa turun suspek dari tempat persembuny­iannya. Hasil tangkapan itu, sekali gus menyelesai­kan kes berkenaan dalam tempoh kurang empat jam selepas laporan,” katanya.

Katanya, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK (dalam bulatan) yang bertenggek di papan iklan ditahan.
SUSPEK (dalam bulatan) yang bertenggek di papan iklan ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia