Harian Metro

ULAR JUGA BAWA MAUT

 Abu Zarin maut dipatuk ular serlah minat tangkap reptilia sejak kecil

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Allahyarha­m Abu Zarin Hussin disifatkan seorang yang berani dan sejak kecil tidak takutkan ular, malah kerap mengikut ayahnya menangkap reptilia itu.

Ibu Abu Zarin, Che Som Mohd Saud, 55, berkata, arwah mengikut ayahnya menangkap reptilia sejak berusia setahun.

Katanya, ketangkasa­nnya mengendali­kan ular sebati dengan diri dan diperkuatk­an lagi ketika berkhidmat sebagai anggota penyelamat sejak 10 tahun lalu

Che Som berkata, Abu Zarin, 33, pernah memberitah­u dia sentiasa mahu membantu masyarakat terutama daripada ancaman binatang berbisa.

“Allah menetapkan ajalnya kerana dipatuk ular, maka kami reda.

“Ketika kecil, dia ha- nya mengikut ayahnya (menangkap ular) sebelum menyertai bomba 10 tahun lalu dan bersama pasukan menangkap ular,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Pasir, Bukit Abal, di sini, semalam.

Jenazah Abu Zarin selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bukit Abal, di sini, jam 3.10 petang, semalam.

Terdahulu jenazah tiba di rumahnya pada jam 11.50 pagi dan terus dimandi serta dikafankan sebelum disembahya­ngkan di Masjid Permatang Pasir.

Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan penduduk menghadiri pengebumia­n itu.

Che Som berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah anaknya pada 21 Januari lalu apabila dia pulang sehari untuk membawa anak angkatnya, Afifah Fathia Imran berusia tujuh bulan ke klinik bagi mengubati penyakit kulit.

Katanya, arwah berkahwin dengan Aziena Fahana Mohd, 31, sejak lapan tahun lalu dan tidak mempunyai anak.

“Anak terlalu sibuk hingga sukar pulang ke kampung, tetapi dia setiap hari berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dengan adiknya bertanya perkembang­an kami.

“Dia juga memaklumka­n mahu pulang ke kampung dalam masa terdekat dan bercuti panjang. Tak sangka hasratnya mahu lama di kampung petanda dia mahu meninggalk­an kami,” katanya, sayu.

Rakan baik arwah, Safiq Mohamad, 26, berkata, rakannya itu seorang yang berani dan komited dengan kerja menyelamat meskipun berisiko.

Dia yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu mengenali arwah sejak enam tahun lalu dan mereka sering berjumpa ketika mengadakan kursus pengendali­an ular.

“Arwah perintis kepada Skuad King Cobra dan saya bersamanya melatih anggota lain cara menangkap dan pengendali­an ular serta haiwan berbisa.

“Dia sentiasa mengingatk­an pasukan dan orang ramai supaya berhati-hati ketika berdepan dengan ular.

“Abu Zarin memang seorang fokus dan sentiasa mahu memastikan keselamata­n orang lain walaupun beberapa kali dipatuk ular,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZIENA kelihatan sugul ketika majlis pengebumia­n Abu Zarin. ISTERI Abu Zarin, Aziena Farhana Mohd menyiramka­n air di pusara di Tanah Perkuburan Islam Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Puteh.
AZIENA kelihatan sugul ketika majlis pengebumia­n Abu Zarin. ISTERI Abu Zarin, Aziena Farhana Mohd menyiramka­n air di pusara di Tanah Perkuburan Islam Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Puteh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia