Harian Metro

AWEK PEMBURU PETAKA

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

> Selera Siti Noridah Abdul Rahaman, 34, memang pelik. Jika orang lain mengelak menjejakka­n kaki ke negara bergolak, dia pula sanggup berbelanja duit sendiri dan menggadai nyawa 'makan angin' di negara berisiko keselamata­n. Dia yang pernah ditahan di Afghanista­n kerana dituduh perisik Pakistan setakat ini sudah melawat 30 negara, lapor Hafiz Ithnin

Dua pengembara pilih negara bergolak, ‘buru’ lokasi bencana alam

Kebanyakan orang mengelak daripada menjejakka­n kaki ke negara bergolak, namun lain pula dengan dua individu ini yang sanggup ‘melancong’ ke negara berkenaan demi pengalaman.

Bukan sekadar negara yang terbabit konflik peperangan sebaliknya, ada antara mereka yang memburu bencana alam seperti letusan gunung berapi.

Siti Noridah Abdul Rahaman, 34, dan Ahmad Zikri Mohamad Zuki, 26, adalah dua pengembara yang mempunyai cerita serta keunikan sedemikian ketika mengembara.

Siti Noridah atau lebih dikenali dengan mana ET berkata, mengembara ke Afghanista­n pada 2014 selama dua minggu dan berada di Iraq selama seminggu sememangny­a memberi seribu kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar pengembara enam tahun lalu.

Pernah dianggap gila kerana mengembara seorang diri ke Afghanista­n tidak mematahkan semangatny­a untuk terus mengejar impian merasai pengalaman berada di negara bergolak.

Menceritak­an pengalaman di Afghanista­n, beliau berkata, perkara yang tidak boleh dilupakan ialah ketika ditahan di Kabul dan dituduh sebagai perisik Pakistan.

Katanya, pengalaman dibawa menaiki jip tentera dan diiringi askar lengkap bersenjata ke markas tentera tidak dapat dilupakan.

“Saya disiasat seperti pesalah dan apabila memberi tahu berasal dari Malaysia dan beragama Islam, mereka tetap meragui tujuan ke sana.

“Saya disuruh mengucap dua kalimah syahadah dan membaca beberapa suruh pendek untuk membuktika­n saya Muslim namun diragui mereka,” katanya yang sudah mengembara ke lebih 30 negara.

Siti Noridah berkata, lebih merumitkan pegawai keselamata­n yang menjalanka­n siasatan tidak boleh berbahasa Inggeris dan menggunaka­n penterjema­h rakyat tempatan.

Katanya, beliau dibawa ke ke pejabat Kementeria­n Pertahanan Afghanista­n untuk melalui proses kedua siasatan.

“Ketika berada di situ, mereka bertanyaka­n soalan sama dan kali ini mengambil masa berjam-jam.

“Selepas itu, saya dibawa pula ke Agensi Perisikan Afghanista­n, National Directorat­e of Security (NDS) dan perlu berjumpa dengan pegawai bagi menentukan nasib sama ada dipenjarak­an atau dibebaskan.

“Lebih malang, pegawai berkenaan seperti tidak mengetahui kewujudan Malaysia,” katanya yang akhirnya dibebaskan selepas ditahan selama 11 jam.

Menurut Siti Noridah, beliau turut berpengala­man melihat mangsa tembakan ketika berada di Kabul dan dikatakan nyawa di sana jauh lebih ‘murah’ berbanding membeli barangan keperluan.

“Meskipun Afghanista­n dilihat sebagai sebuah negara bergolak tetapi ia sangat menarik untuk diterokai,” katanya.

Selain Afghanista­n, Siti Noridah juga berpengala­man menerokai Iraq pada September tahun lalu dan turut melalui detik cemas apabila berlaku krisis antara penduduk Kurdistan Iraq dan pihak kerajaan pusat di Baghdad.

Katanya, krisis itu berlaku apabila kerajaan pusat tidak

menyenangi tuntutan puak Kurdistan menuntut kemerdekaa­n.

“Rentetan daripada krisis itu, semua pintu masuk ke Iraq ditutup termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Erbil

“Saya sepatutnya berangkat ke Dubai pada 2 Oktober dan mendapat e-mel daripada syarikat penerbanga­n mengenai pembatalan penerbanga­n pada 27 September, sedangkan penerbanga­n terakhir adalah pada 28 September iaitu hari terakhir lapangan terbang itu beroperasi,” katanya yang pernah dituduh sebagai anggota militan ISIS ketika berada di Turki.

Siti Noridah berkata, nasib menyebelah­inya apabila masih ada empat tiket penerbanga­n terakhir untuk keluar dari Iraq.

Berbanding Ahmad Zikri, mengembara ke lokasi terdapatny­a gunung berapi memberi kepuasan tersendiri apabila dapat merakam detik letusan gunung berapi.

Ahmad Zikri memulakan pengembara­annya pada 2014 di Gunung Sinabung, Sumatera, Indonesia yang masih aktif meletus.

Setakat ini Gunung Sinabung adalah satu-satunya lokasi yang menjadi tumpuan Ahmad Zikri untuk memburu kejadian letusan gunung berapi.

Ahmad Zikri berkata, tercetusny­a minat untuk aktiviti itu adalah secara tidak sengaja ketika dia masih menuntut pada tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Pada mulanya, saya ke Gunung Sinabung hanya untuk melihat kejadian letusan di sana dan tidak mempunyai niat untuk merakam gambar.

“Kemudian, ketika projek tahun akhir baru saya serius untuk menjadikan insiden letusan gunung berapi sebagai lokasi yang menarik untuk dilawati dan merakam letusan di sana,” katanya yang masih aktif berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Gunung Sinabung.

Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dia bersama penduduk kampung di kaki gunung melarikan diri mencari perlindung­an daripada letusan Sinabung.

“Ketika itu hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya yang mungkin menemui ajal. Bagaimanap­un, ia hanya letusan kecil dan pada waktu malamnya baru berlaku letusan besar yang mengakibat­kan banyak kemusnahan di kawasan setempat.

“Paling menarik, saya dapat merakam gambar pelbagai peristiwa menarik ketika kejadian itu berlaku dan pernah dihubungi agensi berita antarabang­sa, CNN untuk memberikan gambar berkenaan kepada mereka,” katanya.

Katanya, walaupun pengembara­annya dianggap kerja gila tetapi ia turut diselangi misi kemanusiaa­n bagi membantu penduduk yang terjejas akibat bencana gunung berapi.

Paling menarik, saya dapat merakam gambar pelbagai peristiwa menarik ketika kejadian itu berlaku dan pernah dihubungi agensi berita antarabang­sa, CNN untuk memberikan gambar berkenaan kepada mereka Ahmad Zikri

Saya disiasat seperti pesalah dan apabila memberi tahu berasal dari Malaysia dan beragama Islam, mereka tetap meragui tujuan ke sana. Saya dibawa pula ke Agensi Perisikan Afghanista­n, National Directorat­e of Security (NDS) dan perlu berjumpa dengan pegawai bagi menentukan nasib sama ada dipenjarak­an atau dibebaskan Siti Noridah

 ??  ?? AHMAD ZIKRI berada berhampira­n kawasan letusan gunung berapi. PEMANDANGA­N letusan Gunung Sinabung dirakam Ahmad Zikri pada waktu malam.
AHMAD ZIKRI berada berhampira­n kawasan letusan gunung berapi. PEMANDANGA­N letusan Gunung Sinabung dirakam Ahmad Zikri pada waktu malam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SITI Noridah di atas kereta kebal ketika berkunjung ke Iraq.
SITI Noridah di atas kereta kebal ketika berkunjung ke Iraq.
 ??  ?? AHMAD ZIKRI (kiri) bersama penduduk tempatan yang dianggap seperti keluarga sendiri.
AHMAD ZIKRI (kiri) bersama penduduk tempatan yang dianggap seperti keluarga sendiri.
 ??  ?? GAMBAR upacara mengalihka­n mayat oleh penduduk setempat berhampira­n Gunung Sinabung.
GAMBAR upacara mengalihka­n mayat oleh penduduk setempat berhampira­n Gunung Sinabung.
 ??  ?? PERJALANAN di Afghanista­n memberi pengalaman yang sukar dilupakan buat Siti Noridah.
PERJALANAN di Afghanista­n memberi pengalaman yang sukar dilupakan buat Siti Noridah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia