Harian Metro

10 MINIT ‘TERAKHIR’

Remaja sempat rai kejayaan dalam SPM sebelum maut sesak nafas di gelanggang futsal

- Amirul Aiman Hamsuddin news@nstp.com.my

“Tidak sampai 10 minit bermain futsal, saya melihat sendiri arwah (Muhammad Adli) rebah di tengah gelanggang sebelum mengalami sesak nafas.

“Saya jangkakan dengan membawa dia ke hospital, segalanya akan selamat. Namun doktor mengesahka­n arwah sudah tidak bernyawa. Ketika itu, dunia terasa gelap seketika,” kata Muhd Aizal Ros Azelan, 18.

Muhd Aizal adalah rakan kepada Muhammad Adli Jalaludin, 18, yang meninggal dunia di gelanggang futsal di sini, jam 5.40 petang kelmarin.

Ketika ditemui pemberita, Muhd Aizal berkata, dia dan Allahyarha­m bersama rakan lain sempat meraikan kejayaan sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) di sini.

“Pagi sebelum kejadian, saya lihat arwah sangat riang. Malah, dia sempat mengusik rakan lain ketika mengambil keputusan peperiksaa­n.

“Malah dia bersyukur meskipun memperoleh keputusan sederhana cemerlang dan tidak lupa berkongsi berita gembira itu dengan semua rakannya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakan arwah, Muhammad Azib Azman, 18, berkata, Allahyarha­m Muhammad Adli disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut selain tidak lokek membantu rakan sekolah.

“Sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menyakitka­n hati kami. Tambahan lagi, dia sering membantu rakan membuat latih tubi dalam mata pelajaran Matematik.

“Lebih mengharuka­n, arwah berhasrat menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM). Namun impian itu tidak tercapai apabila dia pergi buat selamanya,” katanya. Kata Muhammad Azib, Allahyarha­m turut berhajat membelanja rakan bermain alat permainan video

PlayStatio­n (PS4) di kedai permainan di sekitar pekan ini.

“Sepatutnya Sabtu ini, kami bersama arwah bermain PS4 di kedai itu. Arwah sangat teruja apabila kami bersetuju dengan hasratnya. Tetapi, Allah lebih menyayangi­nya dan kami reda dengan apa yang terjadi,” katanya.

Terdahulu, jenazah Muhammad Adli disembahya­ngkan di Masjid Badlishah Parit Enam, jam 10 pagi dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Parit Lima, Sungai Panjang, semalam.

 ??  ?? MUHAMMAD Adli
JENAZAH Muhammad Adli disembahya­ngkan di Masjid Masjid Badlishah Parit Enam, semalam.
MUHAMMAD Adli JENAZAH Muhammad Adli disembahya­ngkan di Masjid Masjid Badlishah Parit Enam, semalam.
 ??  ?? AHLI keluarga menyiram air mawar di atas kubur Allahyarha­m Muhammad Adli di Tanah Perkuburan Islam Parit Lima, Sungai Panjang.
AHLI keluarga menyiram air mawar di atas kubur Allahyarha­m Muhammad Adli di Tanah Perkuburan Islam Parit Lima, Sungai Panjang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia