Harian Metro

RAMAI TAK PUAS HATI

- Esther Landau, Fernando Fong dan Farah Marshitah Abdul Fatah cnews@nstp.com.my

Pelbagai pihak menzahirka­n rasa tidak puas hati terhadap keputusan bon kelakuan baik dengan jaminan RM20,000 yang dibenarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap seorang Datin yang mengaku bersalah menyebabka­n kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya.

Paling ketara Pejabat Peguam Negara yang sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

“Saya dimaklumka­n notis rayuan sudah difailkan,” kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi, semalam.

Malah Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas

Wanita di

Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga bekas peguam menyertai bantahan itu menggesa peruntukan bon kelakuan baik terhadap kesalahan serius seperti penderaan atau serangan dikaji semula.

“Mana-mana individu tidak boleh dibenarkan melakukan perbuatan itu terhadap orang lain termasuk ke atas pembantu rumah. Keputusan mahkamah bukanlah lesen sesiapa mendera orang lain walaupun hanya pembantu rumah.

“Hakim perlu melihat kepada peruntukan bon berkelakua­n baik di dalam kes serius seperti ini. Adakah ia sepadan dengan ke- salahan serius,” katanya.

Ironinya, keputusan mahkamah terbabit bukan saja mencetuska­n rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat yang menyifatka­n ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahn­ya kerana implikasi hukuman itu memberi gambaran salah terhadap perundanga­n negara.

Tidak ketinggala­n pengguna laman sosial atau netizen yang turut menyuaraka­n kekesalan terhadap keputusan mahkamah terbabit walaupun timbalan pendakwa raya dalam kes itu memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat.

Pengguna Facebook, Mohamad Fadzil Mustafa menyifatka­n keputusan mahkamah itu memperliha­tkan undang-undang di negara ini seolah-olah melindungi orang kaya selain hanya mengukuhka­n kedudukan negara dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) 2017.

Pada awal pendakwaan, tertuduh Datin Rozita Mohamad Ali, 44, berdepan tuduhan cuba membunuh pembantu rumahnya mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera, dan seumur hidup jika menyebabka­n kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dekat Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Jun 2016

Rozita didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunaka­n sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

Bagaimanap­un, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.

Berdasarka­n Seksyen 326, jika sabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjarak­an sehingga 20 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, V V Suloshani memohon hukuman penjara setimpal dengan alasan kes itu mendapat liputan meluas media antarabang­sa selain video rakaman itu viral di media sosial, selain menjejaska­n hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

Kes itu menarik perhatian ramai selepas video memaparkan mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara oleh pengawal keselamata­n, viral di media sosial.

Peguam tertuduh Datuk Rosal Azimin Ahmad memohon hukuman berbentuk bon berkelakua­n baik atas alasan anak guamnya sudah insaf serta mengalami tekanan melampau sejak didakwa di mahkamah.

Susulan pengakuan bersalah tertuduh terhadap tuduhan pindaan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar membenarka­n tertuduh dikenakan bon berkelakua­n baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Dalam penghakima­nnya, Mohammed Mokhzani berkata, bon berkelakua­n baik dikenakan terhadap tertuduh bukan bermakna wanita itu dibebaskan sebaliknya masih terikat dengan mahkamah selama tempoh ditetapkan.

“Jika tertuduh terbabit dengan aktiviti jenayah, dia boleh dituduh semula dalam kes sama dan bakal dikenakan hukuman penjara,” katanya.

 ??  ?? ROZITA
ROZITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia