Harian Metro

Pelik tak boleh lalu

-

Kuala Lumpur: “Saya pelik apabila tidak dibenarkan lalu di kawasan forensik sebelum pihak polis (bantuan) memaklumka­n ada kebakaran berlaku di bangunan itu,” kata pekerja am Hospital Kuala Lumpur (HKL) hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 36.

Mariam berkata, ketika kejadian dia baru saja pulang dari kedai makan berhampira­n dan melihat kepulan asap tebal di kawasan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL di sini.

“Selalunya, apabila keluar makan di kawasan berhampira­n, saya dibenarkan lalu di kawasan forensik kerana laluan itu lebih dekat dengan tempat kerja saya.

“Namun ketika kejadian saya tidak dibenarkan lalu sebelum melihat kepulan asap tebal di kawasan berkenaan.

Saya turut menghidu bau wayar terbakar berhampira­n lokasi,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Seorang kakitangan HKL enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia yang ditugaskan di Unit Rawatan Rapi (ICU) terdengar bunyi siren kecemasan sebelum dimaklumka­n mengenai kejadian itu oleh pusat kawalan.

“Ketika itu, saya berada di wad ICU dan mendapat arahan untuk bersiap sedia bagi memindahka­n pesakit jika kebakaran merebak.

“Namun Alhamdulil­lah kebakaran berjaya dipadamkan dan hanya pesakit yang berada di Unit Kecemasan saja diminta berpindah kerana kawasan itu berada hampir dengan lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusuf mengesahka­n kebakaran berlaku di stor IPFN dan memaklumka­n perkhidmat­an serta operasi di hospital berkenaan tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan proses mengosongk­an bangunan membabitka­n pesakit, kakitangan serta pelawat dalam bangunan berhampira­n dijalankan mengikut prosedur.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook HKL, semalam.

Katanya, punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n siasatan
di lokasi kebakaran.
ANGGOTA bomba menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia