Harian Metro

Tak cukup samun, rogol pula

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

Malang buat seorang wanita apabila bukan sahaja disamun, malah turut dirogol lelaki dikenali, dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi, kelmarin.

Bukan itu sahaja, mangsa berusia 55 tahun turut mengalami luka di kepala serta lebam pada pergelanga­n tangan dalam kejadian jam 2.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, ketika kejadian, wanita itu baru tiba rumahnya selepas tiba dari Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mangsa dikatakan terus menuju ke dalam biliknya.

Bagaimanap­un, dia terkejut apabila suspek berada di dalam biliknya sebelum lelaki terbabit menutup mulut dan menolaknya ke lantai.

“Suspek kemudian mengikat tangan dan menutup mulut mangsa, sebelum bertindak merogol wanita terbabit.

“Tidak cukup itu, suspek menyelongk­ar rumah mangsa bagi mendapatka­n barangan berharga dan melarikan diri bersama dua telefon bimbit mangsa.

“Mangsa yang terbaring hanya mampu melihat tindakan suspek.

“Anak lelaki mangsa berusia 32 tahun yang sampai di rumah kira-kira satu jam kemudian terkejut melihat keadaan ibunya terbaring lemah serta luka pada kepala, selain keadaan rumah berselerak,” katanya.

Zulkifli berkata, anaknya membawa ibunya ke klinik berhampira­n untuk rawatan sebelum membantu wanita itu membuat laporan polis.

Pemilik restoran dan seorang pekerja warga Thailand cedera ditembak lelaki berjubah gelap di depan premisnya di Kok Lanas di sini, jam 2.30 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berada dalam restoran berkenaan apabila mereka tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superinten­dan Ibrahim Sharif berkata, hasil siasatan awal, seorang daripada suspek yang berjubah gelap yang juga pembonceng melepaskan beberapa das tembakan ke dalam restoran itu.

“Akibatnya, pemilik restoran berusia 35 tahun cedera di dada dan bahu kanan manakala pekerjanya berusia 40-an cedera di punggung.

“Beberapa pelanggan dalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia