Harian Metro

‘JAGA ANAK SAYA’

-

 Tiga maut dalam nahas babit dua kenderaan

“Kakak ada meninggalk­an pesanan terakhir supaya menjaga anak bongsunya,” kata Marini Deraman, 36.

Marini adalah adik kepada Marina, 48, antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitka­n Proton Waja dan Mitsubishi Triton di Kilometer 59, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja berhampira­n Kampung Rhu Sepuluh, di sini, pagi semalam.

Selain Marina yang memandu Proton Waja, dua lagi mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang hadapan yang juga adik ipar, Azizah Jamaludin, 48, dan penumpang belakang, Dewiyanti Demmagassi­ng, 36.

Seorang lagi penumpang belakang, Nor Ashimah Mohd Yasim, 36, parah.

Pemandu Mitsubishi Triton, anggota polis di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, Terengganu, cedera ringan di kepala dan kaki.

Marini berkata, Marina meninggalk­an pesanan berkenaan ketika menghubung­inya, malam kelmarin.

Katanya, dalam perbualan telefon itu, kakaknya berpesan supaya dia mengambil alih pengurusan kantin di kolam ternakan udang di Kampung Nyatoh dekat sini.

Bagaimanap­un, dia tidak menyangka pesanan terakhir itu adalah ‘wasiat’ daripada Marina.

“Dia pesan supaya saya jaga anak bongsunya, Mohamad Farizzuan Azuddin, 23, yang bekerja dengannya dan bersama menguruska­n kantin di Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu Kampung Nyatoh, jika terjadi sesuatu kepadanya.

“Saya tegur dia supaya tidak cakap mengarut dan dia menangis selepas meninggalk­an pesanan itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Setiu di sini, semalam.

Katanya, ketika kejadian, Marina bersama adik ipar dan dua pekerjanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Nyatoh dari rumah mereka di Taman Hijrah, Bari Besar.

Menurutnya, dia sangat rapat dengan arwah kakak yang juga anak ketiga dari 10 beradik.

“Selepas pemergian ibu tahun lalu, kakak banyak menjaga kebajikan dan bertanya makan minum kami. Apabila dia tiada, saya seolah-olah ‘hilang kaki tangan’ kerana dia tempat bergantung selama ini.

“Boleh dikatakan setiap hari kami berhubung melalui telefon kerana saya menetap di Manir dan sering berkongsi cerita mengenai pelbagai perkara termasuk hal keluarga, masakan dan bergosip.

“Jika diikutkan, esok kami mahu balik kampung di Pulau Redang kerana ada kenduri kahwin di sana. Arwah minta saya naik bot melalui Jeti Merang bersama-sama walaupun awalnya saya mahu ke pulau melalui Jeti Shahbandar, Terengganu,” katanya.

Sementara itu suami Marina, Mohd Rais Talib, 52, berkata, arwah isterinya semakin akrab dengannya beberapa minggu kebelakang­an ini.

“Sebelum ini, kami memang rapat, tetapi kali ini dia cakap suka saya sentiasa berada di rumah depan matanya selalu.

“Arwah seorang yang baik dan suka menjamu tetamu dan kenalan datang ke rumah dengan pelbagai masakan istimewa.

“Jika diikutkan, waktu awal perkahwina­n kami dulu dia tidak begitu mahir memasak, tetapi saya minta dia belajar masak dari arwah ibu saya yang juga seorang tukang masak di Perak,” katanya.

Katanya, dua lagi anak mereka, Mohamad Helmi Khairuddin, 29, dan Mohamad Izamuddin, 27, yang berada di China atas urusan perniagaan bergegas pulang selepas menerima berita pemergian ibu mereka.

 ??  ?? KEMALANGAN maut membabitka­n dua kenderaan di Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja, pagi semalam.
KEMALANGAN maut membabitka­n dua kenderaan di Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia