Harian Metro

Terbabas ketika memotong punca kemalangan

-

Pacuan empat roda yang terbabas ketika memotong kenderaan lain mungkin menjadi punca kemalangan mengakibat­kan tiga maut di Kilometer 59 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Kampung Rhu Sepuluh, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.40 pagi itu, nahas membabitka­n Proton Waja dengan Mitsubishi Triton.

Mangsa yang meninggal dunia, pemandu Proton Waja, Marina Deraman, 48, penumpang hadapan kereta itu, Azizah Jamaludin, 48, dan penumpang belakang, Dewiyanti

Demmagassi­ng, 36.

Seorang lagi penumpang belakang kereta berkenaan, Nor Ashimah Mohd Yasim, 36, parah.

Pemandu Mitsubishi Triton yang juga anggota polis di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, Terengganu, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah

Setiu Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, sebelum kejadian, Mitsubishi Triton dari arah Kampung Raja menghala ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pacuan empat roda itu memotong sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentang­an.

“Kejadian menyebabka­n kenderaan itu bertembung dengan Proton Waja dinaiki empat individu yang datang dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja,” katanya kepada NSTP, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayak­an sehingga menyebabka­n kematian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia