Harian Metro

Bangun bakat anak autisme

-

Ibu bapa kepada anak yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD) perlu mengenal pasti kecenderun­gan dan berperanan membantu membangunk­an bakat kelebihan yang dimiliki anak istimewa itu.

Pakar autisme Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Pengarah Pusat PERMATA Kurnia Prof Madya Dr Hasnah Toran berkata, anak autisme yang mempunyai bakat atau kelebihan luar biasa dipanggil Autisme Savant yang hanya mempunyai 10 peratus saja bilanganny­a di seluruh dunia.

“Walaupun anak itu ada autisme, mungkin dia ada kelebihan atau kemampuan luar biasa dalam bidang tertentu. Ini kita panggil Autisme Savant.

“Apabila sudah mengenal pasti kekuatan mereka, masyarakat, guru atau ibu bapa kena bantu kembangkan kelebihan ini untuk kemajuan dalam kehidupan mereka.

“Kita ada contoh anak autisme berjaya, misalnya remaja autisme Ping Lian Yeak yang mempunyai kebolehan melukis kini mampu menyara diri sendiri dan ibunya di Melbourne, Australia dengan hasil lukisannya,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanap­un menurutnya, kelebihan anak autisme perlu seimbang dan seiring dengan keperluan dalam menyokong perkembang­an mereka.

“ASD adalah satu gangguan neurologi yang memberi impak negatif kepada kanak-kanak dari segi komunikasi, kemahiran interaksi sosial mahupun tingkah laku.

“Kadangkala ibu bapa ghairah dengan kelebihan anak autisme tanpa mempedulik­an keperluan anak ini. Jadi perkara ini perlu seimbang,” katanya.

Kanak-kanak hidap autisme gemar berinterak­si dengan keluarga guna bahasa Inggeris sejak berusia lima tahun

 ??  ?? ARIZ Safiyy bersama ahli keluargany­a.
ARIZ Safiyy bersama ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia