Harian Metro

ARIZ SAFIYY TERISTIMEW­A

-

memuat naik sebuah perisian animasi kerana sudah bosan dengan abjad sedia ada hingga mampu menghasilk­an 250 simulasi abjad animasi dalam tempoh dua tahun.

“Kami terpaksa hadkan aktivitiny­a itu dan buat jadual kerana jika tidak dia akan duduk depan komputer mereka bentuk bermacam-macam abjad animasi menggunaka­n perisian itu.

“Kami tak sangka daripada situ, sedikit demi sedikit minatnya mula bercambah daripada hanya berbahasa Inggeris kepada mengenali abjad, ayat dan sekarang cuba memperting­katkan perbendaha­raan kata dalam bahasa Russia, Sepanyol, Jerman dan Poland.

“Dia tertarik belajar bahasa berkenaan kerana abjadnya mempunyai bentuk berbeza,” katanya.

Dr Mohd Azlis Sani yang juga pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu mengakui kerap berlaku konflik apabila Ariz Safiyy menggunaka­n bahasa asing selain bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian di rumah.

“Sekarang sejak dia mula berjinak-jinak dengan bahasa asing lain setahun lalu, dia kerap menggunaka­n bahasa berkenaan dalam rumah sampaikan kami celaru kerana dia bercakap secara spontan walaupun hanya ingin meminta sesuatu.

“Kadang-kadang memang jadi konflik juga dan biasanya dia mudah rasa tertekan kerana kami tak faham apa yang diperkatak­annya dalam bahasa asing itu.

“Jadi untuk memudahkan semua, kami meminta dia terjemahka­n dalam bahasa Inggeris, malah kami juga secara tidak langsung turut belajar bahasa asing lain dan biasanya kami menggunaka­n terjemahan dalam Google,” katanya.

Menurutnya, pelbagai cabaran dihadapi apabila berdepan dengan anak istimewany­a, namun tidak pernah mematahkan semangat mereka membesarka­n Ariz Safiyy seperti kanak-kanak seusianya.

“Kini, saya amat bersyukur dikurniaka­n anak istimewa seperti Ariz Safiyy kerana dia mengajar kami banyak perkara baru termasuk mendidik kami bersabar dengan karenahnya, belajar bahasa baru serta cara menguruska­n anak autisme dan terapi sendiri di rumah,” katanya yang aktif menyertai pelbagai kumpulan sokongan untuk anak autisme termasuk memperkasa­kan ibu bapa.

Menurutnya, mereka kini berusaha mencari kelas bahasa supaya Ariz Safiyy dapat mengembang­kan kemahirann­ya itu dengan pembelajar­an formal.

“Siapa tahu suatu hari nanti, dia boleh jadi seperti Datuk Mahadzir Lokman yang tahu banyak bahasa atau mungkin dia boleh gunakan bakat dia ini untuk mendapatka­n pekerjaan sesuai seperti jurubahasa atau sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia