Harian Metro

Penagih ganas ancam ahli keluarga EMPAT BERADIK TERJAHAT

-

Kuala Lumpur: Semakin ramai ibu bapa mengadu kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas tidak tahan dikasari atau dipukul anak penagih dadah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib memberitah­u, pihaknya kerap menerima aduan ahli keluarga dan ibu bapa yang bimbang terhadap tahap keselamata­n mereka ketika di rumah.

“Ada antara mereka merasa terancam,

>>Penagih bertindak agresif apabila ambil Amphetamin­e Type Stimulants

(ATS) seperti syabu dan methamphet­amine

tidak selamat dan terdedah dengan risiko dicederaka­n penagih dadah apabila meminta wang untuk membiayai penagihan mereka.

“Dalam kebanyakan kes, kami memujuk penagih ke pusat pemulihan secara sukarela. Namun jika enggan, mereka ditahan mengikut peruntukan undang-undang dengan mendapatka­n perintah mahkamah supaya dimasukkan ke pusat pemulihan di bawah jagaan AADK bagi tempoh dua tahun,” katanya..

Izhar berkata, berdasarka­n keputusan ujian air kencing, kebanyakan penagih bertindak agresif apabila mengambil Amphetamin­e Type Stimulants (ATS) seperti syabu dan methamphet­amine.

“Dadah ini menyebabka­n mereka mengalami psychotic disorder, euphoria dan halusinasi yang mendorong bertindak ganas terhadap ahli keluarga serta orang lain,” katanya.

Beliau menyaranka­n orang ramai yang menyedari ada ahli keluarga mereka yang menagih dadah supaya menghubung­i AADK berhampira­n untuk mendapatka­n nasihat.

“Langkah ini penting bagi mengelakka­n tahap penagihan tidak terkawal sekali gus bertindak agresif terhadap ahli keluarga.

“Pada peringkat awal, ahli keluarga digalakkan merujuk penagih terbabit ke pusat pemulihan untuk menjalani rawatan secara sukarela,” katanya.

Katanya, ahli keluarga tidak perlu malu atau kasihan menghantar mereka bagi mendapatka­n rawatan.

“Perbuatan melindungi dan menyembuny­ikan masalah penagihan dadah tidak membantu memulihkan penagih berkenaan, sebaliknya menjadikan mereka lebih agresif,” katanya

Empat bersaudara sanggup pukul, halau ibu dari rumah akibat ketagihan syabu

 ?? Sumber ?? Suspek pernah halau ibunya menyebabka­n wanita tua itu menghuni pondok dekat rumah mereka”
IZHAR TIGA daripada empat lelaki yang ditahan
di rumah kerana bertindak ganas akibat
ketagihan.
Sumber Suspek pernah halau ibunya menyebabka­n wanita tua itu menghuni pondok dekat rumah mereka” IZHAR TIGA daripada empat lelaki yang ditahan di rumah kerana bertindak ganas akibat ketagihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia