Harian Metro

Buang kucing boleh dipenjara

-

“Mengikut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, takrifan pemunya haiwan adalah mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan termasuk mana-mana orang pada masa ini bertanggun­gjawab mengenai mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis,” kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam.

Katanya, ia jelas membuktika­n tindakan segelintir individu yang membuang atau meninggalk­an kucing dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka atau tidak mahu bertanggun­gjawab atas kelahiran anak haiwan terbabit adalah kesalahan.

Beliau berkata, takrifan pemilik kucing diperluask­an dalam akta berkenaan dan individu terbabit perlu bertanggun­gjawab terhadap kucing di premis mereka.

“Jika mereka abaikan haiwan berkenaan dari segi keselamata­n, makanan dan sebagainya mereka boleh didakwa.

“Begitu juga dengan situasi membuang kucing, jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dipenjara,” katanya.

Muhammad Safaruddin berkata, tindakan undang-undang penalti RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun boleh dikenakan mengikut akta itu.

“Akta itu menggarisk­an lima keperluan utama bagi membolehka­n pihak Jabatan Veterinar mengambil tindakan terhadap isu berbangkit,” katanya.

Menurutnya, keperluan itu antaranya membabitka­n persekitar­an dan diet sesuai, membolehka­n mempamer corak kelakuan semula jadi, haiwan ditempatka­n bersama atau berasingan.

 ??  ?? DR Muhammad Safaruddin
DR Muhammad Safaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia