Harian Metro

JAMES BOND TELUK INTAN

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Bekas pegawai Pasukan F PDRM menyamar tumpas ketua AWF Komunis

Kuala Lumpur

Nyaris maut bersama mandur estet dan lapan pegawai serta anggota Pasukan F pada 10 Mei 1986. Itu antara pengalaman yang sukar dilupakan bekas pegawai Pasukan F Sub Inspektor S Sritharan, 60, yang sudah bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Mac lalu namun kenangan itu masih utuh dalam ingatannya.

Anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, dia menyertai PDRM pada 9 September 1978 sebelum ditempatka­n dalam Batalion 21 Pasukan Polis Hutan (PPH) di Triang, Pahang pada April 1979 selepas menjalani kursus asas konstabel di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Katanya, ketika bertugas dalam PPH dia bersama beberapa rakan setugas menghadiri sesi temu duga untuk menyertai Pasukan F sebelum dipilih secara rasmi untuk menyertai pasukan elit itu pada 3 Januari 1983.

“Sebaik menyertai Pasukan F, saya bersama dua lagi rakan dibawa ke sebuah rumah di Jalan Gurney sebelum dikuaranti­n di situ dan hanya dibawa keluar setiap pagi ke Tasik Titiwangsa untuk latihan kecergasan.

“Latihan pertama untuk tujuan utama adalah belajar menoreh getah di sebuah ladang getah di Kuang, Selangor sebelum ditugaskan untuk menyamar sebagai penoreh getah dalam Op Ular di sebuah ladang getah berdekatan stesen kereta api lama di Kuala Kubu Bharu, Selangor,” katanya.

Menurutnya, selepas melakukan penyamaran selama beberapa bulan di ladang itu, dia mendapati tiada unsur atau pergerakan komunis di ladang itu sebelum ibu pejabat Pasukan F meminta dia balik ke pangkalan untuk tugasan lain.

“Tugasan kedua saya adalah menyamar sebagai pekerja ladang selama 11 bulan di Ladang Kepong Meh, Mentakab, Pahang pada Jun 1985.

“Ketika itu, saya baru berusia 22 tahun dan sepanjang penyamaran saya perlu mencari maklumat mengenai Ketua Pasukan Kerja Bersenjata (AWF) Ke-15 Parti Komunis Malaya (PKM),

(DCM) Wong Chew Nam atau Ah Poh

 ??  ?? SRITHARAN (kanan) bersama rakan Pasukan F. SRITHARAN ketika bertugas dalam
Pasukan F.
SRITHARAN (kanan) bersama rakan Pasukan F. SRITHARAN ketika bertugas dalam Pasukan F.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia