Harian Metro

GANGSTER TAKUT KELUARGA DIBUNUH

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro. com.my

Usianya baru 28 tahun, namun kerana mahu dirinya dihormati rakan dan digeruni lawan dia menyertai kongsi gelap untuk mencapai impian tanpa memikirkan kesan buruk kepada diri sendiri.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Salim, berasal dari Ampang, Selangor itu berkata, apa yang diimpikan tidak kesampaian malah dia kini hidup dalam ketakutan kerana kerap diancam ahli kumpulan gangster lain yang tidak berpuas hati dengannya.

Menurut Salim, dia menyertai kumpulan kongsi gelap selepas melihat seorang rakannya sentiasa diiringi ‘anak buah’ dan digeruni rakan.

“Melihat gaya rakan itu saya berangan-angan mahu jadi macam dia lalu buat keputusan sertai kongsi gelap. Memang rasa bangga selepas melalui upacara khas menyambut ahli baru.

“Selepas itu saya mula aktif aktiviti peras ugut dan mengutip wang perlindung­an sekitar kota ini, saya rasa diri kebal malah tak risau dengan ancaman musuh kerana ahli lain akan bantu untuk melindungi saya jika kesusahan,” katanya.

Ceritanya, menyertai kumpulan kongsi gelap ada harganya apabila dia kerap diarahkan bersamasam­a jika ada pergaduhan dan melaksanak­an tugas membelasah selain menyamun.

Akibatnya, Salim diburu ahli kumpulan kongsi gelap lain kerana tidak berpuas hati dengannya.

Keadaan itu menyebabka­n dia ketakutan, paling merunsingk­an musuh mengancam membunuh ahli keluargany­a.

Sejak itu dia mengambil keputusan untuk mengehadka­n aktiviti bersama kongsi gelap disertainy­a dengan harapan tidak lagi diganggu.

“Masalah lain pula timbul apabila ketua saya meluahkan rasa tidak puas hati, dia marah kerana saya enggan beri kerjasama atau terbabit dalam aktiviti haram.

“Sekarang nasi sudah jadi bubur, memang menyesal dengan keputusan terburu-buru dibuat sebelum ini hingga menyebabka­n saya tersepit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia