Harian Metro

Duit habis dikikis isteri seberang

-

Sudahlah manis cinta dinikmati hanya separuh jalan wang pun melayang, itulah nasib seorang lelaki akibat terlalu mengikut nafsu menyebabka­n semua simpananny­a lebur. Sudahlah ditinggalk­an isteri, Othman berusia 63 tahun, turut dipulau ahli keluarga selepas rahsianya berkahwin dengan wanita seberang itu terbongkar.

Othman yang juga pesara kerajaan memberitah­u, dia mengenali wanita itu di sebuah kelab malam dua tahun lalu.

“Wanita berasal dari Bandung, Indonesia, nama panggilann­ya Liza berusia 25 tahun. Paras rupanya memang cantik, sesiapa saja yang memandang pasti tertawan dan ingin menjadikan dia isteri.”

Bapa kepada empat anak berusia dua hingga 30 tahun itu berkata, cintanya terhadap wanita itu berputik selepas dia kerap membantu masalah kewangan Liza.

“Walaupun hanya mengenalin­ya di kelab malam, saya berikan dia RM2,000 untuk menyelesai­kan masalah itu,” katanya.

Dia kerap berkunjung ke rumah sewa wanita itu di Sentul, semata-mata mahu melepaskan kerinduan.

Dia menikahi wanita berkenaan awal tahun lalu di Thailand, tanpa pengetahua­n anak atau ahli keluarga.

“Selepas berkahwin saya tinggal bersama Liza di rumah sewa, ketika itu tidak ada seorang pun anak yang tahu.

“Liza mula kerap meminta wang kononnya mahu dihantar ke kampung bagi membina rumah supaya kami boleh tinggal di sana nanti,” katanya.

Menurutnya, dia mengeluark­an RM80,000 untuk membina rumah satu tingkat, manakala RM50,000 bagi membeli kereta.

“Saya macam kena pukau dan ikut sahaja apa kehendak Liza, sedangkan sebelum ini kalau isteri pertama atau anak nak pinjam RM1,000 pun saya tak layan, katanya.

Katanya, sepanjang setahun berkahwin Liza bukan saja kerap meminta wang daripadany­a malah mula berani keluar rumah tanpa meminta izin dan pulang lewat malam kononnya pergi berjumpa rakan.

“Tak pernah saya duga Liza lari meninggalk­an saya, dia bawa semua pakaian dan usaha menjejakny­a setakat ini masih gagal. Mungkin dia sudah pulang ke Indonesia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia