Harian Metro

KENAL PASTI KAKI BULI

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Ramai setuju kaunseling awal boleh bantu

banteras masalah di sekolah, asrama

Kejadian buli bukan isu baru di negara ini, ia berlarutan dan tidak pernah selesai malah insiden dilaporkan di sekolah, asrama atau institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi bualan orang ramai.

Perbuatan itu memberi kesan kepada mangsa, bukan sahaja kecederaan fizikal, malah ada yang berubah menjadi pendiam dan takut menceritak­an pengalaman hitam kepada orang lain.

Pembuli tidak sekadar membuli atau menyebabka­n mangsa trauma malah ada kes membabitka­n kehilangan nyawa.

Nasib Allahyarha­m Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang maut akibat dibuli dan didera rakannya antara paling menarik perhatian umum.

Kes terbaru membabitka­n pelajar tahfiz di Kampung

Hulu Kalong, Hulu Yam, Bukit Beruntung, Syed Khairun Hazim Syed Husain, 13, yang pecah tisu pinggang sebelah kiri, koyak tisu kanan dan lebam akibat dibuli hampir setiap hari jika permintaan senior tidak dituruti.

Menurut Pensyarah dan Pakar Psikologi Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, mangsa yang tidak berkelakua­n agresif terhadap orang lain akan berubah menjadi cepat cemas dan tertekan.

Kajian Dr Noran Fauziah membabitka­n 5,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia mendapati, ada dua kes mangsa buli berniat membunuh diri.

Menerusi tinjauan Suara Maya dalam web myMetro membabitka­n isu buli bertajuk #Apakah kaedah terbaik membantera­s gejala buli di sekolah atau asrama? sebanyak 35.3 peratus responden bersetuju supaya mengenal pasti kaki buli di kawasan sekolah dan asrama sebagai cara untuk membantera­s perkara itu.

Seramai 26.5 peratus responden lagi bersetuju gubal akta dan pinda undang-undang supaya isu ini dipandang lebih serius dan tindakan lebih berat dikenakan terhadap pembuli.

Manakala, 23.5 peratus responden menyokong pemasangan CCTV di sekolah dan asrama termasuk di kawasan yang tersorok seperti tandas, stor dan belakang bangunan tanpa pengetahua­n pelajar.

Selain itu 14.7 peratus responden memilih pemantauan secara berkala dilakukan terhadap pembuli supaya tidak mempunyai ruang untuk melakukan perkara berkenaan terhadap pelajar lain.

 ??  ?? Pemantauan berkala diadakan supaya pelajar sentiasa diawasi daripada
melakukan gejala buli
Kenal pasti kaki buli supaya pembuli tidak mempunyai peluang untuk melakukan
gejala buli
Pemantauan berkala diadakan supaya pelajar sentiasa diawasi daripada melakukan gejala buli Kenal pasti kaki buli supaya pembuli tidak mempunyai peluang untuk melakukan gejala buli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia