Harian Metro

Komen pelayar laman web myMetro

-

Buli terjadi apabila ada pembuli. Jadi dengan mengenal pasti siapa pembuli yang melakukan kegiatan buli ini secara tidak langsung pihak yang terbabit boleh mencadangk­an langkahlan­gkah untuk mencegah kejadian yang sama daripada berulang. - -Dzilawati Affendi

Pemasangan CCTV mampu mengenal pasti sebarang bentuk perlakuan yang mencurigak­an dalam kawasan sekolah dan pihak sekolah boleh melakukan siasatan berhubung perlakuan tersebut kerana mempunyai bukti untuk sebarang perlakuan yang mencurigak­an. -Nadia Farhani Mohd Yusof. Individu kaki buli ini seharusnya sentiasa diawasi (pengawasan berganda) di sekolah/asrama kerana mereka ini boleh membawa kesan buruk kepada pelajar lain dan juga pihak sekolah. -Pn Emma.

Pastikan cctv dipasang ditempat-tempat yg tersembuny­i untuk mengesan aktiviti buli jika berlaku di setiap kawasan sekolah/asrama supaya senang untuk pihak sekolah/asrama mengambil tindakan. -Auni Addeena.

Kena buat undang2 yang lebih tegas pasal isu ni. Jangan setakat gantung sekolah, buang sekolah, hantar juvana. Tolong la lebih tegas! Kalau buli yg melibat kecacatan @ kematian, pls give the same punishment kepada orang yang membuli ! -Rohayu Ramlan.

Kaki buli adalah golongan terpencil di sekolah. Mereka perlu diberi perhatian khusus. Mereka mungkin mengalami masalah spiritual n emosi yang memerlukan panduan dan bantuan utk mengatasin­ya.Osman.

Memang buli ada macammacam. Tetapi buli yang nampak ialah buli fizikal. Jadi dengan adanya CCTV ni boleh dapat bahan bukti dan pesalah tak akan dapat lari lagi. Padan muka kau pesalah. -Yunk Cayunk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia