Harian Metro

Toleransi usah sampai gadai akidah

-

jika jiran bukan Islam mengadakan majlis kematian ahli keluarga, mereka mengikat cebisan pada setiap pagar rumah jiran termasuk rumah saya.

Saya tidak tahu apa tujuan mereka berbuat demikian. Mungkin itu adat resam mereka amalkan turun-temurun.

Adakah kita perlu reda sebagai menghormat­i amalan dan kepercayaa­n mereka? Atau perlu berkecuali kerana bimbang ia boleh menjejaska­n akidah.

Zikir Zindagi

Rosli Puchong

agama sejahtera dan sangat bertoleran­si dengan penganut agama lain. Ia jelas disebut Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.” (Surah alKafirun: 1-6)

Islam tidak memaksa penganut agama lain menganut Islam melalui firman Allah bermaksud: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhn­ya jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (Surah alBaqarah: 256)

Setiap amalan syirik yang mereka lakukan tidak ada kena mengena dengan orang Islam, selagi seseorang itu tidak beriktikad dengan kepercayaa­n agama lain.

Dalam masyarakat majmuk di negara ini, seharusnya semua pihak menjaga dan menghormat­i hubungan antara masyarakat.

Tidak seharusnya mereka membabitka­n orang Islam dalam acara dan agama kepercayaa­n mereka.

Jika perkara dilakukan mengganggu ketenteram­an jiran, maka boleh diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut undangunda­ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia