Harian Metro

Solat dengan seluar ada kesan tanah

-

kerap menyertai kawan-kawan mendaki gunung. Bolehkah sepanjang tempoh, contohnya tiga hari masuk ke hutan, saya menggunaka­n pakaian sama untuk bersolat?

Kadang-kadang seluar ada kesan tanah, namun saya pastikan tidak terkena najis.

Arif Cheras

tiga perkara perlu disucikan ketika seseorang mahu menunaikan solat iaitu suci badan, pakaian dan tempat solatnya.

Ibnu Umar RA berkata, sesungguhn­ya saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak diterima solat tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah dari hasil menipu.” (HR at-Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak akan menerima solat salah satu di antara kalian apabila dia dalam keadaan berhadas hingga kalian berwuduk.” (HR Bukhari)

Begitu juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak akan menerima solat (yang dikerjakan) tanpa bersuci (sebelumnya).” (HR Muslim dan at-Tirmizi)

Perkara yang dimaksudka­n adalah najis atau hadas. Selagi kotoran itu bukan daripada najis, maka solat dengan kotoran itu adalah sah. Apatah lagi dalam keadaan tidak memungkink­an kita sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Untuk menyucikan badan, Islam mengajar supaya mandi wajib (jika perlu), istinjak, berwuduk atau tayammum.

Bagi menyucikan pakaian dan tempat solat boleh menggunaka­n kaedah membasuh najis (sertu dan samak), istinjak (menggunaka­n batu atau air) serta mandi sunat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia