Harian Metro

KURANG REZEKI HANYA DUNIAWI

-

Diriwayatk­an oleh Aishah RA: “Orang-orang Habsyah datang menari pada hari raya di masjid. Aku pun mengajak Rasulullah SAW melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling daripada melihat mereka.”

(HR Muslim)

Menjadi penari pada usia remaja lebih kerana ingin mencari rezeki. Ketika itu, saya kerap sertai pertanding­an tarian anjuran kelab. Setiap pertanding­an ketika itu, hadiah yang ditawarkan bagi saya sangat lumayan. Tempat pertama RM1,000, tempat kedua RM700 manakala ketiga, RM500.

Pada usia sedemikian, jumlah wang yang ditawarkan itu memang lumayan. Menang tempat ketiga sudah cukup membuatkan saya gembira. Semangat terus melonjak untuk terus belajar menari sendiri dan mencipta gerak tari lebih menarik bagi menyertai pertanding­an tarian akan datang.

Apabila menang sesuatu pertanding­an, timbul rasa bangga diri. Ramai yang ingin berkawan dengan saya. Saya juga mula menjadi perhatian agensi untuk menjadikan saya penari mereka. Maksudnya, saya akan diberikan pekerjaan sebagai penari untuk majlis dan sebagainya.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan memang tiada batasan. Mereka perlu menari berpasanga­n dengan menyentuh, berpeluk, dukung dan sebagainya untuk menepati koreografi yang diberikan oleh jurutari.

Apabila kita tiada perasaan malu, semua itu tidak dipedulika­n. Yang penting dapat wang dan kepuasan diri.

“Wanita adalah aurat. Jika dia keluar, maka syaitan akan memperinda­hkannya pada mata lelaki.” (HR Tirmizi)

Apabila kami mengadakan latihan menari, pakaian tidak dijaga dari segi auratnya kerana aurat bukanlah keutamaan kami ketika menari. Yang penting, kami dapat buat latihan dan gerak tari sempurna apabila berada di pentas.

Apabila dikenang, saya tidak ingat berapa kali sudah saya lihat aurat wanita yang terdedah sengaja atau tidak sengaja. Alangkah murahnya harga diri seorang wanita yang mudah mendedahka­n aurat untuk ditatap lelaki bukan suami mereka.

Kejahilan yang ada dalam diri membuatkan kita terus hanyut dengan duniawi yang penuh tipu daya. Bukan penari saja yang menari tetapi dari dulu hingga sekarang orang awam pun suka menari.

Yang menyedihka­n sekarang, ramai menari di khalayak umum terdiri daripada ibu yang bertudung litup. Mereka menari joget lambak, berzumba kononnya untuk kesihatan dan menari panaskan badan untuk kelas motivasi.

Mungkin benar, niat mereka baik tetapi perbuatan itu tidak menjaga ikhtilat dan aurat apabila gerakan tubuh ditatap oleh mereka yang bukan mahram.

Selepas kembali ke fitrah

Islam, saya juga masih menjadi koreografe­r dan tawaran diterima semakin bertambah.

Ada satu tawaran, bayarannya sangat lumayan. Saya diminta menyediaka­n persembaha­n tarian tiang (wanita) dan podium di hotel dan kelab malam empat kali seminggu dengan diberikan kontrak selama dua tahun.

Saya kemudian maklumkan kepada isteri mengenai tawaran itu. Wajah isteri saya terus berubah dan berkata, tawaran itu seperti membekalka­n pelacur.

Terkejut saya mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut isteri. Saya terdiam lama dan berfikir semula dalam-dalam. Tawaran memang sangat lumayan tetapi saya sudah menjadi seorang Islam.

Lalu terfikir, adakah halal rezeki yang bakal saya terima nanti?

Teguran itu membuatkan saya membuat keputusan untuk terus berhenti menjadi jurutari. Biarlah rezeki kurang berbanding Allah SWT murka dengan perbuatan saya.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia