Harian Metro

Berkahwin agar bahagia di dunia, akhirat

-

Ketika seorang lelaki melafazkan, “Aku terima nikahnya..” di hadapan wali, maka bermulalah tanggungja­wab menyediaka­n nafkah, memelihara keselamata­n serta memberikan kasih sayang kepada wanita yang menjadi suri hatinya.

Pengantin lelaki pasti berasakan selepas bergelar suami, segala makan dan pakainya kini sudah terjaga. Isteri pula melahirkan rasa syukur kerana mempunyai suami yang dapat membimbing serta menjadi pelindung buat dirinya.

Berkahwin bukan untuk suka-suka. Ia ibadat yang diperintah­kan agama. Matlamat perkahwina­n adalah untuk mencapai kebahagiaa­n hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanl­ah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dalam kalangan kamu, dan orangorang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur: 32)

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatk­an Imam Al-Bukhari bermaksud: “Wahai orang muda, sesiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan (zahir dan batin), maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukka­n pandangan dan lebih memelihara faraj dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu memecahkan syahwat jimak (mengurangk­an keinginan jimak).”

Ulama menyatakan, setiap pasangan suami isteri perlu melaksanak­an tanggungja­wab seperti berikut:

Suami memberi nafkah kepada isteri dan anak meliputi aspek perbelanja­an makan, minum, tempat tinggal, pakaian, rawatan kesihatan dan pendidikan agama.

Nabi SAW memberi amaran kepada suami yang sengaja tidak menyempurn­akan tanggungja­wab memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Sabda baginda diriwayatk­an Abu Daud maksudnya: “Seseorang itu berdosa jika mengabaika­n nafkah ke atas orang yang ditanggung.”

Seorang suami perlu menjaga kehormatan isteri dengan memberikan kasih sayang, kemesraan serta berlemah lembut juga kepada anak-anak. Jangan melayan isteri dan anak seperti hamba. Tindakan itu amat bercanggah dengan ajaran agama.

Suami perlu memberikan pendidikan, khasnya pendidikan agama kepada isteri dan anak. Jika tidak berupaya, boleh membawa isteri dan anak ke masjid, surau dan pusat pengajian. Pendidikan agama menjadi benteng utama dalam menghadapi sebarang cabaran semasa.

Isteri wajib mentaati suami dalam segala hal selagi tidak bertentang­an dengan hukum syarak.

Satu hadis riwayat Ibnu

Majah, daripada Abi Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah selepas bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah yang mana bila suami memerintah­kannya, nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangn­ya dia akan berhias, justeru akan menggembir­akannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya, nescaya dia akan menunaikan­nya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya.”

Suami isteri perlu menjaga rahsia urusan rumah tangga. Keaiban suami atau isteri tidak boleh diceritaka­n kepada orang lain.

Nabi SAW bersabda dalam hadis riwayat Ahmad, maksudnya: “Jika seseorang perempuan itu bersolat lima waktu, berpuasa Ramadan, menjaga maruahnya serta mentaati suaminya nescaya masuk syurga.”

Suami dan isteri perlu menjaga hubungan dengan mentua dan keluarga masingmasi­ng.

Sama-sama kita mengamalka­n doa daripada surah al-Furqan ayat 74, yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia