Harian Metro

MEMORI MILO,

-

coklat itu dan sudah terbiasa dengan warna, tulisan mahupun bentuk logo jenama berkenaan, tetapi tidak pernah sekali pun menyedari ciri kelainan yang terdapat pada tin mahupun produk lain.

Namun bagi Yusof yang sudah mengumpul barangan itu sejak 2008 lagi, setiap ciri itu disifatkan sebagai kriteria penting dalam mencari barangan unik jenama berkenaan.

“Kalau hendak cerita mengenai barangan Milo ini penilaian untuk setiap barangan berbeza kerana banyak faktor menyumbang terhadap pasang surut harga setiap barangan itu.

“Sebagai contoh dalam koleksi saya ada tin Milo dikeluarka­n sekitar 1960an yang tertera perkataan ‘Tonic Food Drinks’. Ia antara item paling bernilai yang saya ada ketika ini. Biasanya semua itu bergantung kepada ‘usia’ yang dilihat pada tulisan mahupun logo dan ia boleh bertambah mahal andai ada isian serbuk coklat itu lagi.

“Perkara lain membuatkan nilai itu meningkat ialah apabila ada permintaan dalam kalangan pengumpul sendiri yang mencari barangan berkenaan.

“Pengalaman saya pernah ditawarkan RM2,000 untuk cawan kopitiam Milo. Kalau ada dua atau tiga, saya tidak teragak-agak untuk jual kerana ia harga menarik, tetapi memikirkan saya hanya ada satu dan hendak mencarinya cukup sukar, saya menolak tawaran itu.

“Seingat saya, saya temui cawan dulu kemudian barulah jumpa piringnya di lokasi pasar karat lain. Boleh saya katakan set cawan ini antara yang paling jarang ditemui dalam koleksi barang Milo saya,” katanya.

Kata Yusof, sebab utama dia begitu obses mengumpul barangan daripada jenama coklat popular itu ialah nilai sentimenta­l mengaitkan Milo dengan kenangan ketika bersama bapanya, Ali Kader.

“Bapa saya pemilik restoran di Klang dan sering dapat hadiah percuma setiap kali menerima stok minuman itu. Waktu itu saya masih bersekolah dan boleh dikatakan barang sekolah saya seperti alat tulis, kotak pensel dan bekas minuman adalah daripada Milo.

“Ketika saya mengemas rumah dan temui kembali semua barang ini, ingatan saya terus kepada arwah dan rasa rindu ketika zaman kanak-kanak itu membuatkan saya mula berdikit-dikit mencari pelbagai barang Milo.

“Saya tidak kisah walaupun perlu ke Johor hingga ke Perlis untuk ke pasar karat bagi mencari barang berkenaan. Malah ada kalanya saya cari di kedai lama seperti kopitiam atau warung di Ipoh bagi melihat papan iklan atau poster lama Milo yang ada.

“Untuk dapatkan semua poster dan barang ini daripada pemilik kedai atau warung, saya terpaksa tebalkan muka memujuk mereka supaya

 ??  ?? YUSUF menyusun ‘mug’ Milo dimilikiny­a.
YUSUF menyusun ‘mug’ Milo dimilikiny­a.
 ??  ?? DERETAN botol air antara barangan yang mengimbau kenangan ketika zaman kanak-kanak.
DERETAN botol air antara barangan yang mengimbau kenangan ketika zaman kanak-kanak.
 ??  ?? KOLEKSI paling jarang ditemui iaitu cawan kopitiam.
KOLEKSI paling jarang ditemui iaitu cawan kopitiam.
 ??  ?? MINIATUR Vespa dihasilkan daripada tin
aluminium minuman.
MINIATUR Vespa dihasilkan daripada tin aluminium minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia