Harian Metro

ENAM BULAN TAK BALIK

-

ditinggalk­an suami tergantung tidak bertali enam bulan selepas saya tidak setuju membenarka­n dia mengahwini wanita Thailand. Masalahnya, saya malu dengan sikap suami yang sudah menginjak usia emas tetapi hendak bernikah wanita muda.

Saya perasan suami jadi begini selepas dia kerap mengikut kawannya berulangal­ik membeli barang di sempadan Thailand untuk perniagaan mereka di sini.

Suami saya pesara kerajaan yang menamatkan perkhidmat­annya dua tahun lalu dan kini menjalanka­n perniagaan alat ganti kereta dengan rakannya. Sejak berulang-alik ke Thailand, saya perasan dia mula berubah, sudah pandai bergaya pakai kemeja T warna terang.

Kalau dulu asyik berseluar slack dan enggan pakai denim tetapi sekarang sudah pelbagai trend digayakan, dengan alasan hendak jumpa pelanggan kena bergaya untuk meraih kepercayaa­n mereka.

Namun sejak enam bulan lalu, dia tidak pulang ke rumah tetapi mujur dia menjawab mesej selepas saya kata hendak mengadu kepada anak-anak dan membuat laporan polis. Sedihnya hati apabila dia kata, tidak akan balik ke rumah selagi saya tidak mengizinka­nnya berpoligam­i.

Saya tidak kesah dia ingin kahwin lain tetapi biarlah dengan wanita tempatan yang baik.

Apa perlu saya lakukan agar suami menghargai kehidupan bahagia kami sebelum ini.

MARIA Kuala Lumpur

puan boleh dianggap ‘tua-tua keladi, makin tua makin menjadi’. Enam bulan puan ditinggalk­an kerana mengikut rajuk hati hanya disebabkan puan tidak memberi kebenaran dia mengahwini gadis pilihannya yang jauh lebih muda.

Dalam soal ini, pada Dang Setia, puan harus bertindak dengan bijak dan berhemah. Yang kita nampak suami terlalu menurut kehendak nafsu dan mungkin ciri gadis dicari hanya berpanduka­n kecantikan serta keinginan memiliki ‘pucuk muda’.

Dang Setia kagum dengan puan yang sanggup memendam rasa sehingga enam bulan, cuba mempertaha­nkan kerukunan rumah tangga. Memanglah, kalau diikutkan pada usia senja begini masa diisi dengan gembira serta tenang bersama anak serta cucu, selain mendekatka­n diri kepada Yang Maha Esa.

Namun hati orang memang sukar diduga walaupun sudah berpuluh tahun hidup bersama. Cubalah pujuk suami untuk mengenang kembali saat susah dan senang bersama. Puan perlu membantu suami supaya dia sedar akan kesilapann­ya yang sanggup mengambil risiko besar memperiste­rikan wanita Thailand tanpa mengenal temannya dengan lebih mendalam.

Selain itu jangan lupa berdoa kepada Allah, kerana itulah sebaikbaik ikhtiar agar jodoh puan dan suami kekal hingga akhir hayat.

Dang Setia cadangkan puan mula ‘pasang badan’ dan menambah baik penampilan agar lebih menarik dan bergaya untuk memikat semula hati suami. Minta bantuan anak-anak untuk memperbaik­i penampilan puan.

Usia bukan halangan untuk kita bergaya, malah digalakkan apatah lagi bagi menambat hati pasangan kerana Islam itu sendiri menyuruh isteri sentiasa berhias supaya menyenangk­an hati suami.

Apabila bercakap atau menghantar mesej kepadanya, gunakan bahasa yang lembut dan mesra. Mana tahu, berkat doa dan usaha, hati suami tertawan semula pada puan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia