Harian Metro

Enggan ikut suami ke luar negara

-

ingin bekerja di luar negara pada penghujung tahun ini dan saya pula perlu tinggal di Malaysia kerana ibu mentua yang sakit perlukan perhatian.

Saya kurang setuju dengan cadangan suami kerana selain bekerja, kami ada dua anak kecil berumur setahun dan tiga tahun.

Saya meminta suami tangguhkan perancanga­n ke luar negara tambahan pula ibunya sakit. Namun suami berkeras kerana dia sudah lama menantikan peluang itu.

Sebenarnya ada banyak perkara yang saya bimbangkan dan antaranya adalah kemungkina­n suami lupa akan tanggungja­wabnya kerana sebelum ini dia pernah bermain cinta dengan wanita lain. Apabila rahsianya terbongkar, berulang kali dia meminta maaf. Meskipun hal itu sudah lama, saya mengakui rasa curiga itu masih bersisa.

Adakah saya paranoid atau kebimbanga­n itu perkara wajar? Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

JAMIYAH Air Keroh, Melaka

mudah mengekalka­n percintaan jarak jauh, apatah lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin. Dengan sejarah silam suami yang pernah menjalin hubungan cinta dengan wanita lain, memang tidak mudah untuk puan melepaskan dia merantau ke negara orang sendirian.

Perkara ini perlu dibincangk­an secara mendalam termasuk masalah yang mungkin timbul apabila puan terpaksa menguruska­n semua komitmen yang seharusnya dipikul bersama suami.

Suami perlu fikirkan keadaan puan yang juga bekerja dan pada masa sama, menguruska­n anak serta ibu mentua sakit tanpa sokongan, sedangkan tugas menjaga ibu adalah tanggungja­wab anak lelaki.

Bukan mahu berkira soal kudrat tetapi puan memerlukan sokongan jika semua tanggungja­wab diserahkan kepada puan. Puan juga perlu jelas berapa lama suami bercadang berada di luar negara.

Justeru, suami perlu mainkan peranannya dengan lebih efektif termasuk selaku pendengar prihatin. Paling kritikal di sini ialah komunikasi dan suami perlu mengambil langkah proaktif untuk membuatkan puan berasa lebih selamat meskipun dia berjauhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia