Harian Metro

Tertekan kerja kaji serangga

-

lulusan jurusan teknologi makmal dan kimia di universiti awam. Bidang kerja saya ketika ini sering terbabit dengan eksperimen. Dang Setia saya sukakan kerja tetapi cuma masalahnya kurang selesa dengan bahan yang dikaji.

Saya sering membuat kajian racun dan serangga berbisa untuk satu syarikat farmasi. Saya takut dengan serangga dan kerap hilang fokus kerana terlalu takut.

Apabila ada permintaan untuk buat spesimen dan memerlukan saya mengendali­kan sembarang serangga, saya tertekan sehingga migrain. Mungkin bagi setengah orang ia lucu tetapi untuk saya, ia masalah besar.

Saya sayang dan sukakan karier ketika ini tetapi pada masa sama, dihantui dengan fobia terhadap serangga hingga saya tertekan. Apa perlu saya lakukan?

DYA Kuala Lumpur

dan tenangkan diri saudari. Itu yang diperlukan ketika ini dalam mengatasi masalah ketakutan terhadap serangga itu.

Masalah ini boleh diatasi seandainya saudari mendapat bantuan diperlukan iaitu terapi bagi mengatasi masalah berkenaan.

Banyak cara menangani ketakutan itu tetapi bergantung pada sejauh mana tekad saudari. Justeru, dalam situasi ini fikirkan dorongan terbaik antaranya kerjaya yang saudari ingini sudah terbentang di depan mata. Halanganny­a hanya perasaan takut dan itu boleh dirawat.

Temui pakar psikologi atau boleh cuba sendiri secara beransur-ansur untuk biasakan diri dengan subjek yang membuatkan saudari takut.

Setidak-tidaknya saudari boleh tahu had serta ketahanan saudari berdepan dengan isu fobia berkenaan. Paling penting jangan putus asa dan latih diri supaya dapat kawal diri apabila berdepan dengan masalah ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia