Harian Metro

PASTIKAN TUBUH KUAT

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@ hmetro.com.my

Dia sanggup menghabisk­an masa lapangnya di gimnasium bagi mendapatka­n bentuk tubuh tegap dan menarik sehingga digelar ‘abang sado’ dalam kalangan rakan setugas.

Namun, dia tidak sekadar mahu berpenampi­lan menarik semata-mata, sebalik kerja keras itu bagi memastikan kecergasan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Bagi Nik Arzahar

Nik Mat, 27, tugas sebagai anggota bomba menggunaka­n banyak tenaga dan ketahanan diri bagi melancarka­n operasi khususnya ketika menyelamat nyawa.

“Anggota bomba seperti saya tidak bawa buku atau kertas ketika berlaku bencana, sebaliknya kami memikul peralatan menyelamat yang berat terutama ketika berlaku kebakaran.

“Jika tidak cergas, sudah pasti nyawa mangsa menjadi taruhan. Disebabkan itu, kecergasan menjadi keutamaan saya dan sanggup menghabisk­an masa lapang di gimnasium,” katanya.

Mengimbau pengalaman­nya sepanjang bertugas Nik Arzahar berkata, kejadian bot terbakar di perairan antarabang­sa yang meragut enam nyawa paling sukar dilupakan.

Katanya, operasi tahun 2016 itu sangat mencabar kerana pada Ramadan, dia tetap ke lokasi dan melaksanak­an ibadat puasa.

“Meskipun kepenatan kami puas kerana berjaya mengeluark­an enam mayat kru bot itu yang terbakar sejurus terbabit dalam pelanggara­n.

“Kerana terlalu letih saya berbaring di sebelah mayat di atas bot sepanjang dua jam perjalanan menuju ke pelabuhan,” katanya.

Menurutnya, susuk badan tegap atau sado dimiliki digunakan untuk menarik minat remaja bagi menyertai perkhidmat­an Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, dia dan beberapa lagi rakan setugas berbadan sado kini menjadi ikon JBPM dan kerap dipanggil ketika jabatan itu menganjurk­an program kemasyarak­atan.

“Bukan setakat jadi perhatian malah ramai mengajak untuk bergambar. Namun saya tidak gunakan kelebihan itu untuk perkara lain sebaliknya memupuk kecintaan masyarakat kepada JBPM.

“JBPM kini bukan lagi perkhidmat­an kelas tiga kerana kecintaan masyarakat terhadap kami semakin meningkat.

“Apatah lagi, beberapa siri drama mengetenga­hkan JBPM berjaya memupuk kesedaran dan kecintaan kepada anggota bomba,” katanya.

Nik Arzahar yang kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam, berharap anak muda menjadikan bomba sebagai kerjaya pilihan kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan.

“Pesanan saya supaya mereka komited dan bersungguh-sungguh melaksanak­an tugas. Kerjaya ini amat mulia kerana menjadi penyelamat nyawa tidak kira manusia atau hidupan lain,” katanya.

Komitmen Nik Arzahar yang tinggi terhadap tugas membolehka­n dia menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada 2011 dan 2015.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia