Harian Metro

Bantuan kepada rakyat berterusan

-

Bagan Datuk: Program bantuan kepada rakyat dilaksanak­an secara berterusan sepanjang masa dan bukan hanya dilakukan secara bermusim terutama menjelang pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah meminta semua jentera kerajaan serta parti pemerintah khususnya UMNO menyusun jadual supaya bantuan kepada rakyat dapat dilaksanak­an sepanjang tahun.

Dengan membuat analogi menanam padi iaitu hasil hanya diperoleh ketika musim menuai, beliau berkata bantuan jangan hanya banyak diberikan ketika menjelang pilihan raya semata-mata.

“Dalam memberi bantuan, ia tidak harus bermusim, bila musim menuai tiba, baru berguni-guni beras sampai.

“Semua jentera UMNO dan jentera kerajaan harus menyusun jadual beri bantuan sepanjang tahun tanpa mengira musim perayaan atau musim menuai, kita harus ambil kepedulian sepanjang waktu,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas-tugas Timbalan Presiden berkata demikian ketika merasmikan program UMNO Bantu Rakyat 2.0 dan Program Mesra Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Sungai Sumun di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kira-kira 5,000 penduduk daerah Bagan Datuk dari pelbagai kaum dan agama menerima bantuan itu berupa kotak makanan serta pembukaan akaun percuma Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama murid sekolah yang menerima sumbangan simpanan SSPN1M, semalam.
AHMAD Zahid bersama murid sekolah yang menerima sumbangan simpanan SSPN1M, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia