Harian Metro

MINTA GANTI RUGI PUTUS CINTA

- Nur Sufiah Abd Halim news@nstp.com.my

Seorang wanita membuat laporan polis selepas tidak tahan diugut membayar ganti rugi ‘putus cinta’ sebanyak RM20,000 oleh bekas kekasih.

Lelaki yang juga ahli perniagaan didakwa terus mengganggu mangsa walaupun menyedari wanita itu sudah mendirikan rumah tangga.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Tan, 33, berkata, dia sering diganggu bekas kekasihnya itu sejak September tahun lalu.

Katanya, lelaki itu menuntut ganti rugi didakwa dihabiskan olehnya sepanjang tiga tahun mereka menjalin hubungan cinta.

Dia bagaimanap­un mendakwa sudah berkahwin dengan individu lain dua tahun lalu selepas memutuskan hubungan dengan ahli perniagaan itu.

“Saya membuat keputusan untuk meninggalk­annya selepas mendapat tahu bekas teman lelaki saya sudah berkeluarg­a dan menipu saya berhubung statusnya.

“Namun, bekas teman lelaki saya tidak berputus asa meminta ganti rugi selain pernah mencederak­an tangan saya,” katanya dalam sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Katanya, dia mula menjalinka­n hubungan dengan ahli perniagaan itu pada 2013 dan mengetahui lelaki berkenaan sudah berkeluarg­a selepas tujuh bulan menjalinka­n hubungan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima 11 laporan kes seumpama itu sejak 2016 sehingga kini.

“Sebanyak 11 laporan kes membabitka­n lapan wanita dan dua lelaki.

“Saya menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan berharap lelaki terbabit dapat menghentik­an gangguan itu dengan berbincang secara baik,” katanya.

Bekas kekasih tidak puas hati peras ugut wanita RM20,000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia