Harian Metro

Pemandu cuai tukar lorong tiba-tiba

-

Sungai Buloh: Kecuaian pemandu kereta yang menukar laluan secara tiba-tiba menyebabka­n seorang penunggang motosikal cedera akibat terjatuh di Jalan BRP 2 di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Honda Accord dipandu seorang lelaki dari susur jalan mengubah laluan ke kanan secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, tindakan lelaki itu mengakibat­kan keretanya bergesel dengan motosikal Yamaha 125Z ditunggang lelaki berusia 23 tahun.

“Pergeseran mengakibat­kan penunggang motosikal jatuh dan cedera di bahagian kaki.

“Pemandu kereta melarikan diri selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Somu berkata, penunggang motosikal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Berdasarka­n laporan diterima, mangsa memaklumka­n motosikal miliknya turut mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

“Kami mengesan pemandu kereta itu dan dia diminta tampil di IPD Sungai Buloh untuk membantu siasatan kes yang diklasifik­asikan mengikut Rule 6 (2) LN 166/59 kerana kecuaian mengubah laluan sehingga menyebabka­n kemalangan,” katanya.

Kejadian itu yang dirakam melalui video papan pemuka pada sebuah kenderaan lain turut tular selepas dimuat naik di laman sosial Facebook sejak Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia