Harian Metro

‘BUKAN HANYA HIBURAN’

-

MBW 2018 didik peserta berkaitan

isu keselamata­n jalan raya

Minggu Permotoran Malaysia (MBW) 2018 tidak hanya menghimpun­kan peminat motosikal, tetapi turut mendidik peserta berkaitan isu keselamata­n jalan raya.

Acara berlangsun­g tiga hari dari 23 hingga 25 Mac ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor turut dimeriahka­n dengan persembaha­n muzik, ceramah oleh ikon pemotoran serta program pendidikan.

Presiden Persekutua­n Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO) Datuk Seri Ab Rauf Yusof menggesa peminat motosikal mengambil bahagian dalam MBW.

“MBW menerima sambutan menggalakk­an daripada komuniti penunggang motosikal. Tidak hanya itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut menyatakan perkenan untuk berangkat ke acara terbabit.

“Persiapan acara ini berlangsun­g dengan sempurna. Justeru kami berharap peserta dan pelawat menikmati persembaha­n dan program ini nanti,” katanya.

Ab Rauf yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n bilik pameran Benelli di Darma Motor Sdn Bhd di Bangi, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung GPMOTO, Datuk Sulaiman Samia’an.

Sementara itu, Sulaiman berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) bagi menjayakan program berkenaan.

“Acara ini bukan hanya mengenai hiburan, tetapi juga mengenai isu keselamata­n jalan raya dan aspek pendidikan dalam kalangan penunggang motosikal.

“Acara bermula Sabtu ini akan dimulai dengan program pendidikan membabitka­n aktiviti seperti perbincang­an dan sesi penerangan berhubung menunggang dengan selamat,” katanya.

Dianggarka­n lebih 100,000 peminat motosikal dari seluruh negara dijangka menyertai MBW 2018.

Rauf berharap acara itu berupaya mengumpul semua pemilik motosikal daripada pelbagai jenis termasuk superbiker­s, kapcai dan skuter.

“Lebih 20,000 baju-T MBW sudah terjual dan kami menjangkak­an berjaya menjual lebih daripada 50,000 helai, sepanjang tiga hari acara berlangsun­g.

“Kami turut mengundang penunggang dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand dalam konvoi bermula dari Singapura ke MAEPS,” katanya.

 ??  ?? AB Rauf (lima dari kiri) bersama Sulaiman (tiga dari kiri) dan Pengarah Darma Motor Sdn. Bhd, Chee Kok Hee (empat dari kiri) melepaskan konvoi motosikal Benelli selepas melancarka­n bilik pameran Benelli di Darma Motor di Bangi, semalam.
AB Rauf (lima dari kiri) bersama Sulaiman (tiga dari kiri) dan Pengarah Darma Motor Sdn. Bhd, Chee Kok Hee (empat dari kiri) melepaskan konvoi motosikal Benelli selepas melancarka­n bilik pameran Benelli di Darma Motor di Bangi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia