Harian Metro

KAHWIN RM3,000

-

Maran

“Saya mengikat tali pertunanga­n dengan wanita pilihan setahun dan dijangka bernikah pada pertengaha­n tahun.

“Tetapi perbelanja­an mengadakan kenduri agak tinggi, jadi kami memutuskan menyertai program ini,” kata Mohd Haikal Ismail, 28, antara peserta Program Akad Nikah Mega Raja Sehari di Masjid As-Syakirin di sini, semalam.

Program anjuran Pejabat Agama Islam dan

itu disertai oleh 10 pasangan.

Mereka hanya perlu membayar RM3,000 dan ia meliputi majlis akad nikah, kos pelamin dan jamuan.

Pasangan dinikahkan Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah bermula jam 8 pagi dan berakhir tiga jam kemudian.

Menurut Mohd Haikal, keluargany­a menggalakk­an dia bersama pasanganny­a Nurul Yassin Atiqah Azmi, 26, menyertai program itu bagi mempercepa­tkan tarikh perkahwina­n.

“Program seperti ini dapat menjimatka­n perbelanja­an dan wang disimpan sebelum ini boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli barangan rumah,” katanya.

Seorang lagi peserta, Mohd Sabri Jamaluddin, 31, berkata, dia menyertai program itu selepas berbincang dengan pasanganny­a, Norsiah Hamzah 33, serta ahli keluarga masing-masing.

Katanya, program itu baik untuk individu berpendapa­tan sederhana sepertinya.

“Ia dapat

Peserta Program Akad Nikah Mega Raja Sehari syukur dapat jimat perbelanja­an

membantu keluarga menjimatka­n kos perbelanja­an jamuan perkahwina­n dan kenduri secara besar-besaran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rizzal berkata, program seumpama itu wajar diteruskan pada masa depan kerana ia membantu pasangan mendirikan rumah tangga.

“Islam menggalakk­an umatnya memudahkan urusan kehidupan seharian terutama membabitka­n soal pernikahan dan rumah tangga bagi mengelakka­n kegiatan negatif terutama dalam kalangan orang muda,” katanya.

MARAN 17 MAC 2018. Pasangan pengantin Mohd Sabri Jamaluddin (kanan) bersama pasanganny­a Norsiah Hamzah menujukkan wang mas kahwin semasa majlis akad nikah dalam majlis perkahwian­an beramai-ramai di Masjid As-Syakirin, Maran. STR/ WAN KEMAT

 ?? Mohamad Fahmi ?? Melalui persahabat­an antara saya dan abangnya kami dipertemuk­an PASANGAN pengantin yang diraikan pada majlis perkahwina­n beramai-ramai di Masjid As-Syakirin.
Mohamad Fahmi Melalui persahabat­an antara saya dan abangnya kami dipertemuk­an PASANGAN pengantin yang diraikan pada majlis perkahwina­n beramai-ramai di Masjid As-Syakirin.
 ??  ?? MOHD Sabri dan Norsiah bersama ahli keluarga pada Program Akad Nikah Mega Raja Sehari.
MOHD Sabri dan Norsiah bersama ahli keluarga pada Program Akad Nikah Mega Raja Sehari.
 ??  ?? MOHD Haikal dan pasanganny­a, Nurul Yassin menerima sijil pengesahan pernikahan daripada Pegawai Jabatan Agama Islam Maran selapas majlis perkahwina­n beramai-ramai di Masjid As-Syakirin.
MOHD Haikal dan pasanganny­a, Nurul Yassin menerima sijil pengesahan pernikahan daripada Pegawai Jabatan Agama Islam Maran selapas majlis perkahwina­n beramai-ramai di Masjid As-Syakirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia