Harian Metro

SAKIT GIGI UBAH NASIB

- Agensi

Selepas 38 tahun, seorang lelaki akhirnya dapat merasai nikmat makan buat kali pertama selepas menjalani pembedahan membetulka­n kecacatan rahang yang dialami sejak kecil.

Rajendra Panchal, 39, yang berasal dari Pune, India pernah terjatuh ketika berusia setahun menyebabka­n rahangnya patah tetapi tidak mampu mendapatka­n rawatan kerana keluargany­a terlalu miskin.

Sejak itu, dia hanya boleh membuka mulutnya tidak lebih daripada 1.5 sentimeter (sm) dan terpaksa bergantung pada diet cecair.

Bagaimanap­un, nasibnya berubah apabila mengunjung­i klinik gigi pada Disember tahun lalu kerana sakit gigi berpanjang­an yang tanpa disangka membawa tuah apabila diberi peluang menjalani pembedahan secara percuma.

Rajendra tidak dapat menyembuny­ikan perasaan gembiranya selepas pembedahan itu.

“Sebelum ini saya sering diejek kerana kecacatan ini, namun kami memang terlalu miskin dan tidak mampu mendapatka­n rawatan.

“Saya kini boleh makan dan bercakap seperti orang normal. Saya tidak mampu mendapatka­n rawatan kerana keluarga miskin. Disebabkan itu, saya terpaksa berhenti sekolah selepas darjah empat,” katanya.

Selepas pembedahan itu, dia boleh membuka mulutnya hingga 4.5sm untuk makan seperti biasa.

Doktor gigi, Dr J B Garde, berkata, pesakit itu sebenarnya mengalami kes jarang ditemui iaitu masalah sendi temporoman­dibular.

 Lelaki cacat sejak kecil kali pertama makan

seperti orang normal pada usia 38 tahun

“Kes ini jarang ditemui. Biasanya terus dirawat sebaik disahkan mengalami masalah ini.

“Namun pesakit ini bertahan selama 38 tahun, menyebabka­n kes ini lebih jarang berlaku.

“Prosedur ini kompleks dan fisioterap­i selepas pembedahan amat penting kepada pesakit berkenaan. Ia boleh berlaku lagi jika pesakit tidak mengikuti sesi fisioterap­i sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? RAJENDRA dibedah untuk ‘membuka’ mulutnya. - Agensi
RAJENDRA dibedah untuk ‘membuka’ mulutnya. - Agensi
 ??  ?? RAJENDRA
RAJENDRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia