Harian Metro

Ibu 300 ‘anak tinggal’

-

Beijing: Bekas guru kolej sanggup meninggalk­an kehidupan di bandar sejak lapan tahun lalu demi mencurahka­n bakti dan kasih sayang kepada 300 kanak-kanak ditinggalk­an ibu bapa yang mencari rezeki di tempat lain.

Menerusi sekolah kampung yang dibuka bapanya di daerah Zizhou, Ma Jun, 34, bersama 26 guru lain mengajar pelbagai subjek dan aktiviti kepada kanak-kanak terbabit.

Malah, dia diibaratka­n ‘ibu’ ketika ketiadaan ibu bapa di samping mereka disebabkan bekerja jauh di bandar.

“Ayah menangis selepas memberitah­unya saya berhenti kerja dan ingin membantuny­a di kampung.

“Saya berkata, saya memilih menjadi guru untuk diri sendiri dan ayah juga. Ayah semakin berusia dan menjadi tanggungja­wab saya menjaganya. Kepulangan saya ke kampung memang mengejutka­n ibu bapa,” katanya.

Bapanya, Ma Weishuai kini berusia 66 tahun dan masih menguruska­n sekolah itu sebagai pengetua.

Selain bapa, suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual insurans kini turut mengajar kelas sains komputer dan membaiki komputer.

“Pada mulanya, suami enggan bersetuju dengan keputusan saya namun dia teruskan juga.

“Guru di sini dibayar gaji rendah namun perlu berdepan kanak-kanak ini setiap hari menyebabka­n mereka tidak begitu terdedah dengan dunia luar,” katanya.

Disebabkan keadaan itu, tidak ramai guru yang kekal mengajar di sekolah berkenaan dan paling singkat mereka hanya bertahan dua bulan.

“Saya tidak pernah menyesal keputusan ini. Tugas ini dilakukan dari hati dan saya amat selesa. Itu sudah cukup untuk diri saya,” katanya. - Agensi

 ??  ?? MA Jun bersama sebahagian kanak-kanak di sekolah yang dibina bapanya. - Agensi
MA Jun bersama sebahagian kanak-kanak di sekolah yang dibina bapanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia