Harian Metro

‘PEMANGSA’ DIPENJARA

- Daily Mail

Seorang jurulatih bola sepak remaja dipenjara seumur hidup kerana meliwat budak lelaki berusia 13 tahun sebelum membunuh mangsa dan keluargany­a di pekan kecil di Switzerlan­d pada 2015.

Tertuduh yang cuma dikenali sebagai Thomas N, 34, digelar ‘Pemangsa Rupperswil’ oleh media Switzerlan­d, mengaku membunuh mangsa, Davin, ibunya Carla Schauer-Freiburgha­us, 48, abangnya Dion, 19, dan teman wanita Dion, Simona Fas, 21, di Rupperswil pada Disember 2015.

Thomas yang juga mengaku meliwat Davin ditahan lima bulan selepas kejadian ketika dia dipercayai sedang merancang serangan terhadap keluarga di pekan lain.

Ketika menjatuhka­n hukuman, hakim mahkamah di Lenzburg berkata, tertuduh yang tiada rekod jenayah lampau bertindak kejam seperti orang primitif dan tanpa belas atau empati.

Menurut pendakwa, Thomas yang juga pelajar dan jurulatih bola sepak remaja merancang jenayah itu dengan teliti termasuk membeli pisau untuk membunuh mangsa yang sehingga kini tidak ditemui pihak berkuasa, selain membuat pengawasan beberapa bulan di kejiranan keluarga mangsa.

Dalam kejadian pagi 21 Disember 2015 itu, Thomas ke rumah mangsa mendakwa dirinya pakar psikologi sekolah dan mahu berbincang dengan Carla.

Bagaimanap­un, dia mengikat Dion dan Simona sebelum mengarahka­n Carla pergi mengeluark­an AS$11,000 (RM43,000) dari akaunnya.

Apabila Carla pulang, dia juga diikat sebelum Thomas meliwat

 Jurulatih serang seksual, bunuh remaja,

keluarga dijel seumur hidup

Davin dan mengelar leher keempat-empat mangsa.

Ketika perbicaraa­nnya, Thomas turut mengaku dia seorang fidofilia.

Thomas ditahan pada Mei 2016 dengan membawa beg galas mengandung­i senjata serta peralatan untuk mengikat orang. Siasatan menunjukka­n dia memantau dua keluarga di Bern dan Solothurn, dipercayai merancang satu lagi serangan. London: Kadar pembunuhan serta jenayah tinggi menjadikan Amerika Tengah dan Selatan mendominas­i 50 bandar paling bahaya di dunia.

Menurut kajian organisasi antikegana­san Mexico, Segurigad Justicia Y Paz (Keselamata­n, Keadilan dan Keamanan), senarai berkenaan berdasarka­n kadar kes bunuh bagi setiap 100,000 penduduk, dalam laporan disiarkan Daily Mail.

Daripada 50 bandar itu, 42 terletak di Amerika Selatan dengan Los Cabos di Mexico, di kedudukan pertama, diikuti Caracas (Venezuela) dan Acapulco (Mexico).

Bandar di Jamaica, Honduras, Puerto Rico, Colombia, El Salvador dan Guatemala juga tersenarai.

Brazil memiliki paling banyak bandar berbahaya, iaitu 17 bandar.

Bandar tersenarai di Amerika Syarikat (AS) ialah St Louis, Baltimore, New Orleans dan Detroit manakala di Afrika Selatan, Cape Town, Durban dan Nelson Mandela Bay.

Bagi St Louis, Missouri penyelidik mendapati 205 kes bunuh tahun lalu berbanding 300,000 penduduk, iaitu 65.83 kes bagi setiap 100,000 orang, meletakkan­nya di kedudukan ke-13.

Keganasan di bandar besar Missouri itu meningkat sejak rusuhan Ferguson pada 2014 dan 2015. - Agensi

 ??  ?? T HOMAS
T HOMAS
 ??  ?? CARLA (tengah) bersama dua anaknya. - Daily Mail
CARLA (tengah) bersama dua anaknya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia