Harian Metro

HAFIZH ROOKIE HEBAT

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Hafizh Syahrin Abdullah mengejutka­n banyak pihak pada penampilan sulungnya dalam kelas MotoGP pada Grand Prix Qatar apabila mencatat masa terpantas dalam kalangan muka baru ketika sesi latihan bebas pertama, kelmarin.

Catatan 1 minit 56.544 saat dilakukann­ya mengatasi empat lagi pendatang baru dalam kelas perdana iaitu Franco Morbidelli dan Thomas Luthi dari pasukan EG 0.0 Marc VDS, Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu) dan Xavier Simeon (Reale Avintia Racing).

“Insya-Allah, saya akan melakukan yang terbaik dan terus memberi saingan kepada semua muka baru dan kita lihat bagaimana (keputusann­ya) nanti,” kata Hafizh yang bagaimanap­un tidak berjaya mencatat catatan masa lebih baik pada

(gambar)

sesi kedua, selepas itu.

Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu melakukan 1:56.454s pada sesi kedua yang menyaksika­n pelumba LCR Honda Idemitsu, Nakagami mengunggul­i senarai muka baru pada sesi berkenaan dengan catatan 1:55.694s.

Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati yang juga naib juara di Litar Losail musim lalu mendominas­i kedua-dua sesi dengan catatan terpantas 1:54.361s.

“Pada latihan bebas pertama, saya berasa yakin dengan jentera dan pada awalnya sedikit gementar,” kata Hafizh. “Apa pun, ketika tunggangan terakhir,

Catat masa terpantas dalam

kalangan muka baru sesi latihan bebas pertama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia