Harian Metro

Zulfahmi bergelut pada hari pertama

-

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Zulfahmi Khairuddin merumuskan hari pertama Grand Prix Qatar kelmarin sukar namun yakin keputusan positif akan hadir dengan usaha gigih.

Pelumba SIC Racing yang mengisi slot dikosongka­n Hafizh Syahrin Abdullah untuk ke kelas

MotoGP

(gambar)

itu berada di kedudukan ke-31, selepas sesi latihan bebas kedua dengan catatan terbaik 2 minit 04.357 saat di sesi kedua.

“Hari ini (semalam), saya rasa sukar pada sesi latihan bebas pertama. Kami tidak dapat melakukan banyak perkara tapi pada sesi latihan bebas kedua, saya dapat melakukan banyak pusingan dan hanya melakukan satu hentian.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan sekiranya dapat melakukan pusingan lebih banyak lagi, saya yakin mampu meningkat lagi.

“Saya dan pasukan harus bersabar apatah lagi ramai pelumba yang berpengala­man dan bagi saya keputusan akan hadir sekiranya berusaha gigih,” katanya saya dapat berada di kelompok 15 terbaik dan mengatasi pelumba muka baru.

“Pada sesi latihan bebas kedua, saya tak tahu kenapa saya tidak dapat merasai cengkaman yang baik dengan motosikal. Insya-Allah, pasukan akan membuat perubahan pada motosikal bagi mendapatka­n cengkaman lebih baik di bahagian tayar belakang nanti,” katanya.

Hafizh, 23, mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pelumba pertama negara dan dari rantau Asia Tenggara yang menyertai kelas perdana pada Kejuaraan Motosikal Dunia.

yang menyertai kelas SuperSport dalam Kejuaraan Superbike Dunia pada 2016 dan 2017.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara di kelas pertengaha­n, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia mempamerka­n tunggangan lebih memberangs­angkan pada sesi kedua apabila mencatat masa terbaik, 2:01.906s, sekali gus meletakkan dirinya berada pada kedudukan ke-18 dalam senarai gabungan kedua-dua sesi berkenaan.

 ??  ?? AKSI Hafizh di Litar Qatar, semalam.
AKSI Hafizh di Litar Qatar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia