Harian Metro

TAK BERI KESAN

- Helmi Talkah helmi.talkah@hmetro.com.my

 Fokus utama Chong Wei raih emas Sukan Komanwel

Jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan percaya kekalahan Datuk Lee Chong Wei pada suku akhir Seluruh England awal pagi semalam tidak akan memberi kesan kepada jaguh negara itu dalam persiapan menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast, bulan depan.

Hasrat Chong Wei untuk mempertaha­nkan gelaran juara Seluruh England yang dimenangin­ya tahun lalu lebur selepas tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China 16-21, 17-21 di Birmingham.

Kekalahan itu turut menyaksika­n Chong Wei terlepas peluang untuk mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia paling banyak merangkul gelaran kejohanan tertua dan berprestij itu selepas merekod kejuaraan empat kali sekali gus berkongsi rekod dengan dua legenda negara, Wong Peng Soon dan Datuk Eddy Choong.

Menurut Hendrawan, tiada apa yang perlu dibimbangk­an dengan kekalahan itu kerana fokus Chong Wei yang lebih utama adalah Sukan Komanwel dengan misi menyumbang­kan emas kepada kontinjen negara.

“Saya percaya Chong Wei akan bangkit, fokus sekarang adalah menghadapi Sukan Komanwel. Chong Wei masih ada dua minggu untuk buat persiapan bagi menghadapi Sukan Komanwel, kami akan menilai prestasiny­a pada Seluruh England dan cuba perbaiki kelemahan.

“Tiada apa yang perlu dibimbangk­an dengan kekalahan ini.

“Untuk perlawanan dengan Lin Dan, Chong Wei bermain dengan agak perlahan berbanding lawannya itu yang cukup agresif. Apa pun, Chong Wei sudah cuba buat yang terbaik,” kata Hendrawan ketika dihubungi di Birmingham.

Sebagai rekod, Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Olimpik tiga kali sudah memenangi gelaran Seluruh England sebanyak empat kali pada 2010, 2011, 2014 dan 2017.

Sementara itu, Chong Wei akur dengan kekalahan itu dan mengakui Lin Dan bermain lebih baik berbanding­nya namun berjanji akan bangkit terutama menghadapi Sukan Komanwel.

“Saya cuba melakukan serangan tapi dia bertahan dengan baik, semua pukulan saya dia berjaya kembalikan. Strategi permainan saya tidak menjadi dalam perlawanan ini,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

Di Gold Coast, Chong Wei akan beraksi dalam dua acara iaitu berpasukan campuran dan perseorang­an lelaki.

 ??  ?? HENDRAWAN
HENDRAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia