Harian Metro

PENTAS LAHIR JAGUH MASA DEPAN Idam tambah pingat hari terakhir

-

 Perlumbaan bertaraf dunia

bermula di Kangar hari ini

Tidak dinafikan Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah gedung melahirkan pelumba berbakat di pentas antarabang­sa, seperti yang sering berlaku pada edisi awal sejak pengenalan julung kali pada 1996.

Ramai nama handalan dunia pada awalnya berkayuh di Langkawi dan dengan keputusan memberangs­angkan yang dicatat dalam jelajah terulung Asia itu, pelumba muda yang kurang terkenal akhirnya dilamar pasukan profesiona­l berprestij dunia.

Sebelum ini, Alessandro Petacchi, Floyd Landis, Chris Horner, Levi Leipheimer, Julio Alberto Perez, Antonio Cruz, Fred Rodriguez, Rigoberto Uran, Rinaldo Nocentini antara nama yang tidak dikenali tetapi akhirnya muncul antara pelumba disegani di dunia dan memainkan peranan besar dalam pasukan profesiona­l selepas itu.

Malah, LTdL pada beberapa awal tahun penganjura­nnya sering menyaksika­n pelumba handalan profesiona­l hadir untuk memberi bimbingan kepada pelumba baru dan muda yang diambil pasukan berstatus WorldTour.

Tidak hairanlah di tengah-tengah kemunculan banyak perlumbaan jelajah di rantau Asia, nama LTdL tetap menjadi sebutan dan meniti di bibir pelumba yang pernah datang bersaing pada perlumbaan itu.

Ini kerana, LTdL yang diadakan pada awal musim perlumbaan dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) turut menjadi medan memanas badan sebelum bermula musim sibuk perlumbaan besar dan penting di Eropah.

Apabila tirai saingan edisi ke-23 LTdL 2018 dibuka dengan Peringkat 1 dari Kangar ke Kulim sejauh 154km hari ini, mungkin muncul lagi nama besar dalam dunia berbasikal jelajah profesiona­l dalam tempoh beberapa tahun terdekat.

Kerana selain menyajikan bentuk kayuhan jelajah yang penuh cabaran getir di bawah terik matahari dan laluan basah akibat hujan dalam cuaca tidak menentu negara ini, LTdL tidak syak lagi menjadi medan pelumba muda mengasah kemahiran dan menonjolka­n bakat sebenar menarik perhatian pasukan handalan dunia.

Bagi peminat tempatan, kesempatan melihat perlumbaan bertaraf antarabang­sa di depan mata pasti tidak dilepaskan, sambil mencongak mungkin ada antara 132 pelumba yang bersaing kali ini bergelar jaguh dunia, suatu hari nanti.

Seramai 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan membabitka­n pasukan bertaraf Pro Tour, profesiona­l benua (Pro Tour), benua (Continenta­l) dan pasukan kebangsaan menghangat­kan perlumbaan edisi kali ini, yang bermula dengan majlis pengenalan pasukan di Pulau Langkawi malam kelmarin.

Perlumbaan lapan peringkat sejauh 1,341.1km berstatus 2.HC dalam kalendar perlumbaan Jelajah Asia oleh UCI itu membabitka­n lapan negeri di Semenanjun­g dengan mendapat sokongan penuh kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menaruh harapan kontinjen negara mampu menambah kutipan pingat pada hari terakhir Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSC) 2018, hari ini.

Selepas dua hari berturut-turut meraih gangsa, aksi penembak negara hambar pada hari keempat di Lapang Sasar Menembak Subang, semalam.

Wakil negara gagal melangkah ke final dalam tiga acara yang dipertandi­ngkan iaitu 50m rifle tiga posisi wanita (individu dan berpasukan), 25m rapid fire pistol lelaki (individu dan berpasukan) dan skeet wanita (individu dan berpasukan).

“Secara umumnya, MASUM dan Bahagian Sukan Kementeria­n Pengajian Tinggi berbangga dengan pencapaian penembak yang sudah meraih dua gangsa.

“Ia pencapaian tertinggi hasil komitmen dipamerkan pihak pengurusan, jurulatih dan penembak. Ia mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Setiausaha Agung MASUM, Azli Puddin.

Malaysia meraih gangsa menerusi Eddy Chew dalam acara 10m air pistol selain acara berpasukan air pistol 10m yang dibarisi Aida Amirah Mohd Sheriff, Nik Nur Nabilah Syahidah Nik Nor Rosdi dan Cuili Siau.

“Memang kami mengharapk­an pingat esok (hari ini) namun apa lebih penting mereka mempamerka­n aksi terbaik terlebih dulu.

“Saingan di sini bukan sesuatu yang mudah kerana ada antara penembak luar negara pernah beraksi di Sukan Olimpik,” jelasnya.

 ??  ?? LTdL menjadi medan pelumba muda mengasah kemahiran dan menonjolka­n bakat sebenar.
LTdL menjadi medan pelumba muda mengasah kemahiran dan menonjolka­n bakat sebenar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia