Harian Metro

IMPI LEBAR SAYAP KE EROPAH

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Zakir mahu ikut jejak senior sertai pertanding­an di peringkat dunia

Malaysia sememangny­a kaya dengan bakat unik terutamany­a dalam sukan permotoran apabila berjaya melahirkan ramai pelumba handalan yang kini menyertai pelbagai pertanding­an di peringkat dunia.

Nama seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin, Khairul Idham Pawi, Azlan Shah Kamaruzama­n, Zulfahmi Khairuddin dan ramai lagi. Kecemerlan­gan mereka nyata menyuntik semangat Muhamad Zakir Naqiuddin untuk mengikut jejak seniornya.

Jom kita kenali lebih rapat sepupu Zulfahmi itu yang kini berusia 13 tahun.

Soalan (S): Sejak bila mula berkecimpu­ng dalam sukan permotoran dan siapa individu yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini?

Jawapan (J): Saya berjinak-jinak dalam sukan permotoran sejak umur empat tahun. Minat saya berputik ketika melihat saudara saya iaitu Zulfahmi menyertai Moto3 dan sejak itu saya mula minat dengan sukan ini.

S: Kenapa anda memilih sukan ini berbanding sukan lain?

J: Saya memilih sukan ini kerana ia terlalu ekstrem. Bagi saya sukan lain juga mencabar tapi perlumbaan motor dua roda ini lebih mencabar dan sukar terutama penunggang harus memecut laju di litar.

S: Anda juga masih bersekolah, bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan?

J: Setiap Sabtu dan Ahad saya akan berlatih di litar. Malah pada musim cuti sekolah juga masa saya banyak dihabiskan di litar. Tapi apabila waktu sekolah, saya akan menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Alhamdulil­lah, ia tidak mengganggu sama ada pelajaran atau hobi saya.

S: Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Impian saya untuk menjuarai setiap perlumbaan yang saya sertai. Kalau boleh saya mahu berlumba di luar negara dan menyertai pasukan terkemuka di Eropah, sekali gus mengembang­kan bakat di sana.

S: Apa sasaran anda dalam sukan ini?

J: Sudah tentu sasaran saya mahu berlumba di MotoGP dan bersaing dengan pelumba handalan dunia. Saya mahu mengibar bendera Malaysia di mata dunia.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa memilihnya?

J: Sudah pasti saudara saya sendiri iaitu Zulfahmi kerana dia seorang yang hebat dan selalu bersaing tidak kira apa jua halangan yang datang.

 ??  ?? AKSI Zakir di litar.
ZAKIR (hadapan) bersama pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin (belakang, tiga dari kiri).
AKSI Zakir di litar. ZAKIR (hadapan) bersama pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin (belakang, tiga dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia