Harian Metro

Stenson kongsi kedudukan pendahulu

-

Miami, Amerika Syarikat: Pemain Sweden, Henrik Stenson mencipta birdie dalam tiga lubang berturut-turut untuk berkongsi kedudukan pendahulu ketika Tiger Woods tampak sedikit goyah pada pusingan kedua Jemputan Arnold Palmer dalam Jelajah PGA AS, semalam.

Stenson yang menjuarai Terbuka British 2016 dan naib juara Olimpik Rio melakukan tiga bawah par 69 untuk berkongsi carta pendahulu bersama pemain Amerika Syarikat, Bryson DeChambeau untuk keseluruha­n 11 bawah par 133 selepas 36 lubang di Bay Hill.

Woods yang memiliki 14 gelaran utama dan juara lapan kali di lapangan Orlando menamatkan pusingan dengan lapan bogey untuk menyamai par 72 dan ketinggala­n tujuh pukulan untuk keseluruha­n empat bawah par 140.

“Hari ini jelas tidak begitu bagus seperti semalam tapi apa yang penting adalah di lubang ke-16, 17 dan 18,” kata Stenson.

“Saya berjaya melakukan par pada ketiga-tiganya sekalipun melakukan pukulan yang tidak begitu baik, saya kekal tenang dan menyempurn­akannya tiga kali berturut-turut. Tiga berturut-turut di lapangan golf ini bukan sesuatu yang buruk.”

Woods dalam pada itu terpaksa bergelut apabila gagal melakukan pukulan seperti yang diharapkan sejak awal permainan apabila melakukan bogey seawal lubang pertama.

“Ia jelas hari yang teruk,” kata Woods. “Saya terpaksa bekerja dengan amat keras, ia cukup sukar. Saya tidak memukul bola dengan baik tapi saya tetap bertahan.” AFP

 ??  ?? STENSON
STENSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia