Harian Metro

ZARCO IMPI SERTAI MARQUEZ

-

Penunggang MotoGP Perancis mahu jadi pelumba

Repsol Honda pada masa depan

Penunggang MotoGP Perancis, Johann Zarco menyifatka­n peluang menyertai Marc Marquez bersama pasukan Repsol Honda menjadi impiannya pada masa depan.

Zarco yang berlumba bersama pasukan satelit Yamaha Tech3 boleh dianggap antara pelumba paling hangat dalam kancah MotoGP yang dijadual membuka tirainya pada Grand Prix Qatar, hari ini.

Ketika Marquez, Valentino Rossi dan Maverick Vinales sudah menandatan­gani kontrak baru yang mengekalka­n mereka hingga 2020 bersama pasukan masing-masing, bekas juara dunia Moto2 dua kali itu dikaitkan dengan perpindaha­n ke pasukan pengeluar seperti Honda, Suzuki dan

KTM.

Begitupun, khabar angin paling sensasi adalah Zarco mungkin akan berganding­an dengan Marquez bersama pasukan Repsol Honda apabila seorang lagi penunggang, Dani Pedrosa belum mengesahka­n masa depannya.

Berganding­an dengan juara dunia empat kali MotoGP seperti Marquez mungkin prospek yang menakutkan bagi sesetengah orang tetapi Zarco mengatakan dengan jelas dia langsung tidak bimbang dan menambah Repsol Honda adalah ‘pasukan impian.’

“Mengapa perlu takut? Menjadi rakan sepasukan Marquez adalah perkara yang baik,” kata pelumba berusia 27 tahun itu.

“Repsol Honda seperti ‘pasukan impian.’ Sejak mula saya menyaksika­nnya (MotoGP ketika kecil), sekalipun tidak begitu banyak, tapi saya masih mengingati beberapa gambar Mick Doohan. Kemudian Valentino Rossi menunggang Honda dan kini Marquez.

“Ia sentiasa pasukan yang menarik untuk disaksikan.”

Zarco berkata, dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat ketika ini selain kekal tenang mengenai masa depannya.

“Saya fikir perlu mengharung­i tiga perlumbaan terlebih dulu dan kemudian kami akan mengetahui­nya. (Prestasi jentera) Sudah tentu ia faktor utama (dalam membuat keputusan). Tapi juga lihat apa peluang yang datang kepada saya.”

Zarco berganding­an dengan pelumba Malaysia, Harizh Syahrin Abdullah dengan Tech3 mengesahka­n mereka akan menukar jentera kepada KTM musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia