Harian Metro

GIRONA SEDIA AIB REAL LAGI

- AFP

 Kelab kecil Catalan di landasan terbaik ke Liga Europa

Presiden Girona, Delfi Geli pernah berganding­an dengan Pep Guardiola dan ketika bekas rakan sepasukann­ya itu menghampir­i gelaran di England, kelab kecil dari Catalan itu juga melakar sejarahnya tersendiri.

Memiliki skuad yang hanya membabitka­n kos AS$5.7 juta dolar (RM22.28 juta), kurang satu peratus daripada apa yang dipunyai oleh lawan mereka dalam kancah La Liga, Real Madrid yang akan ditemui awal pagi esok, langkah Girona musim ini boleh dianggap cemerlang.

Girona ketika ini menghuni tangga ketujuh La Liga dalam kempen pertama dalam kelas elit Sepanyol itu dan tampak berada di landasan baik untuk meraih tiket ke saingan Liga Europa, musim depan.

“Bajet (besar) banyak membantu, tapi anda perlu memastikan siapa saja pemain yang dibawa masuk, anda dapat membina pasukan yang kuat dan bersatu,” kata Geli.

“Kami mempunyai pasukan yang seimbang, tapi apa yang paling utama kami membentuk pasukan yang kuat secara berpasukan.

“Staf kejurulati­han sedar apa sasaran kami dan bagaimana untuk mendapatka­n yang terbaik daripada mereka. Mereka percaya kepada idea. Kami mengambil masa untuk mengadapta­si, tapi kami dengan perlahan mencipta keyakinan.

“Kami pasukan yang sukar untuk ditewaskan dan kami memberi masalah kepada mana-mana pasukan.”

Girona menewaskan juara Eropah dan Sepanyol, Real awal musim ini dan dua kali mengutip mata bertemu pasukan tangga kedua, Atletico Madrid.

Di sebalik keputusan yang boleh dianggap bagus, Girona bagaimanap­un tetap dianggap kelab yang beraksi di liga bawahan dalam pelbagai aspek terutama dari

sudut kemudahan gelanggang dan sebagainya.

Pusat latihan mereka hanya mempunyai dua padang dengan pemain mereka terpaksa menjamu selera di kelab golf berhampira­n dengan gelanggang utama dan Stadium Montilivi pula terpaksa menambah kapasiti tempat duduk bagi mematuhi standard La Liga.

Kelab yang majoriti sahamnya dimiliki abang Pep Guardiola, Pere itu bagaimanap­un menjalani era pemodenan dan dibantu pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

City turut meminjamka­n lima pemainnya ke Girona tetapi hanya pemain pertahanan, Pablo Maffeo sering diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

 ??  ?? GIRONA tewaskan
Real pada awal musim.
GIRONA tewaskan Real pada awal musim.
 ??  ?? GELI
GELI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia