Harian Metro

Lega tak jumpa Barcelona

-

Rome: Turin: Massimilia­no Allegri mengakui lega selepas Juventus berjaya mengelak satu lagi pertembung­an suku akhir dengan Barcelona, tetapi lawan yang akan ditentang di peringkat lapan terbaik, Real Madrid juga dilabel calon juara musim ini.

Kelab gergasi Itali itu tewas 1-4 kepada juara Eropah 12 kali, Real pada final tahun lalu selepas cemerlang menyingkir­kan Barcelona 3-0 secara agregat di suku akhir.

Ia kekalahan kedua di pentas final dalam tempoh tiga musim bagi pasukan dari Turin itu selepas mereka tewas 1-3 kepada Barcelona pada edisi 2015.

“Juventus melawan Real Madrid akan menjadi perlawanan yang amat dinanti-nantikan, ini perlawanan yang kami tunggu,” kata Allegri.

“Tahun lalu di suku akhir, kami menewaskan Barcelona, mungkin tahun ini kami akan tewaskan Real Madrid pula.

“Mereka pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara, jadi jika kami boleh menewaskan mereka, ia menakjubka­n tapi kami belum lagi memikirkan mengenai mereka,” katanya dengan Juventus ketika ini berusaha untuk mengekalka­n kejuaraan Serie A.

Sementara itu, penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon berkata, dia teruja dengan cabaran itu.

“Kadangkala kami menang dan kadangkala kami tewas,” kata Buffon mengulas pertemuan dengan Real Madrid di Twitter miliknya.

“Kebenarann­ya adalah apabila anda tewas kepada sesetengah pasukan, yang juga pasukan juara, anda tidak perlu menyesal serta kekecewaan yang biasanya datang dengan kekalahan. Saya harap ia berlaku kepada mereka juga.

“Pasukan paling bersemanga­t akan menang.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia