Harian Metro

BELUM KIBAR BENDERA PUTIH

- Agensi

 Conte janji Chelsea akan terus berjuang

rangkul trofi Piala FA

London

Antonio Conte menegaskan Chelsea akan ‘bertarung sehingga penamat’ untuk menjulang trofi Piala FA Inggeris selain layak ke kancah Liga Juara-Juara musim depan.

Perjalanan juara Liga Perdana Inggeris itu dalam saingan elit Eropah itu berakhir pada peringkat 16 terbaik musim ini selepas tewas 1-4 secara agregat kepada Barcelona, serta tersekat di separuh akhir Piala Liga.

Blues yang menghuni tangga kelima liga dan ketinggala­n empat mata di belakang Liverpool di tangga keempat bertemu Leicester City pada suku akhir Piala FA, awal pagi esok dan Conte menegaskan skuad kendaliann­ya perlu mencapai kedua-dua sasaran itu.

“Saya fikir semua trofi penting untuk kami,” kata pengendali dari Itali itu. “Kami memulakan musim ini untuk cuba bertarung hingga penghujung dalam semua pertanding­an.

“Dalam saingan Piala Liga, kami mara ke separuh akhir dan Liga Juara-Juara di peringkat 16 terakhir. Kini suku akhir Piala FA. Jika kami menang, kami boleh bermain satu lagi aksi separuh akhir di Wembley.

“Kami akan melakukan yang terbaik dalam semua pertanding­an. Itu perlu menjadi sasaran kami.”

Ketika ditanya sama ada tumpuan lebih terarah untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik liga, Conte berkata: “Saya fikir kami perlu cuba melakukan kedua-duanya.

“Cuba untuk pergi ke peringkat seterusnya dan melangkah ke separuh akhir Piala FA dan ia bukan mudah. Leicester City pasukan yang baik.

“Malah, kami bergelut dalam aksi terakhir bertemu mereka di laman sendiri. Selepas itu, kami akan cuba melakukan yang terbaik dalam aksi liga untuk mendapatka­n tempat di Liga Juara-Juara. Ia bukan mudah.”

Sementara itu, Conte juga tidak berminat untuk bercakap mengenai ketiadaan tonggak penyerangn­ya, Alvaro Morata dalam skuad Sepanyol bagi aksi persahabat­an menjelang

Piala Dunia di Russia.

“Soalan ini untuk jurulatih kebangsaan dan bukan saya,” kata Conte dengan pertahanan­nya, Gary Cahill turut tersisih daripada skuad England.

“Kebimbanga­n saya adalah untuk mempunyai pemain yang berada dalam prestasi terbaik untuk Chelsea. Mungkin dia (Morata) akan menjaringk­an gol ketika menentang Leicester,” kata Conte selepas Morata gagal menjaringk­an gol sepanjang 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia