Harian Metro

Blues terdesak buru trofi pertama: Puel

-

London: Bos Leicester City, Claude Puel percaya Chelsea lebih tertekan berbanding skuad kendaliann­ya menjelang pertembung­an suku akhir Piala FA Inggeris, awal pagi esok.

Selepas tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara kepada Barcelona pada pertengaha­n minggu, Piala FA menjadi satu-satunya trofi yang secara realistik berpeluang dijulang skuad kendalian Antonio Conte.

Kali terakhir Leicester berada di suku akhir Piala FA pada 2012 tetapi mereka disingkirk­an Chelsea yang menjadi juara ketika itu, tetapi Puel merumuskan perlawanan kali ini tidak memberi tekanan kepada skuad kendaliann­ya.

“Benar,

tekanan

kepada Chelsea,” kata Puel. “Ia peluang terakhir buat mereka memenangi trofi musim ini.

“Saya fikir ia perlawanan yang biasa untuk kami. Pemain menunggu perlawanan seperti ini dengan keinginan dan tanpa tekanan kerana pasukan ini (Chelsea) adalah pilihan.

“Tapi kami juga pasukan yang baik dan kami boleh memberikan mereka masalah. Kami perlu menunjukka­n usaha secara berkumpula­n menentang mereka. Ia perlawanan yang besar untuk peminat, skuad dan kelab.”

Puel berkata, beliau tidak melihat pertembung­an dengan Chelsea sebagai perlawanan terbesar untuk pasukannya musim ini.

“Sudah pasti semua perlawanan yang kami harungi besar. Ia perlawanan penentuan, lebih penting, saya tidak tahu. Ia adalah peluang yang baik di laman kami sendiri, peluang untuk berada di separuh akhir.

“Bagi Chelsea, ia juga sama, peluang terakhir untuk mereka memenangi sesuatu musim ini. Ia cabaran yang besar dan menarik untuk bermain menentang pasukan besar di stadium dan di depan penyokong kami.” Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia